019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

1st Grand Regional Islamic Cultural Summit

Acara ini merupakan suatu program besar – besaran yang pertama kali diadakan di Selatan Filipina, anjuran bersama HaRUM dan NCMF. Untuk makluman National Commission on Muslim Filipinos (NCMF) ialah salah satu badan kerajaan yang bertangungjawab mengurus dan mengendalikan perkara berkaitan hal ehwal Islam dan kebajikan masyarakat muslim di Filipina.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan peranan NCMF sebagai pusat rujukan masyarakat muslim Filipina dan memperkenalkan budaya dan cara hidup Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam yang membawa kepada kasih sayang dan kedamaian melalui pelbagai aktiviti dan program yang akan diadakan.

Misi program ini adalah untuk menyebarkan kefahaman bahawa Islam itu membawa kedamaian dan menyuburkan konsep rahmatan lil alameen agar ia dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkasih sayang diantara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.

Objektif

  • Mempromosikan kepada masyarakat muslim dan non muslim tentang peranan NCMF sebagai pusat rujukan utama berkaitan hal ehwal agama islam di Selatan Filipina
  • Sebagai jambatan untuk merapatkan jurang diantara golongan miskin dan kaya melalui forum yang diadakan dan peranan usahawan serta konsep Zakat, Infaq dan Wakaf dalam Islam.
  • Mengubah persepsi masyarakat non muslim tentang Islam yang sebenar.
  • Menyedarkan kepentingan pendidikan dan tarbiah yang dapat menghubungkan hubungan manusia dengan tuhan serta mewujudkan kasih sayang sesama insan.
  • Mengubah pemikiran wakil-wakil NGO tentang peranan mereka yang lebih besar dalam masyarakat setempat melalui forum yang akan diadakan.

Antara program yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah:

  1. Perarakan Maulid
  2. Pertandingan Lukisan Mural
  3. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
  4. Pertandingan Azan
  5. Persembahan Kebudayaan
  6. Pameran NCMF
  7. Forum Ulama Nusantara
  8. Forum NGO
  9. Forum Usahawan.

HaRUM menyeru semua untuk mengambil peluang ini sebagai salah satu sumbangan besar pada Ummah. Semoga ia menjadi asbab mengembirakan Baginda Rasulullah S.A.W

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi wakil kami

Tn Sayed   ▶ http:www.wasap.my/+60123720725
Akmal        ▶ http:www.wasap.my/+60189164336
Aireen        ▶ http:www.wasap.my/+60123361701
Abu Bakar  ▶ http:www.wasap.my/+60193038606

Post a comment