Sebanyak 4 perwakilan HaRUM telah turun padang ke Filipina Tawi Tawi untuk melaksanakan Misi Kemanusiaan Nusantara. Berdasarkan kaji selidik dan pemerhatian yang dibuat semasa misi ini, kami mendapati bahawa orang Tawi Tawi begitu dahaga untuk pendidikan terutama pendidikan agama.

Kedua-dua Prof Rajan (Madrasah AlMubarak Advisor) dan Ustaz Muhammad Sali (Madrasah AlMubarak Principal) memberitahu kami bahawa mereka tidak lagi menerima sebarang dana pendidikan daripada Kerajaan. Madrasah juga tidak mampu membayar gaji untuk 22 kakitangan yang berada di Madrasah. Kini Madrasah AlMubarak menampung lebih daripada 32 anak yatim. Oleh kerana kekurangan dana dalam menyediakan makanan kepada pelajar, mereka tidak mempunyai pilihan untuk menghantarnya kembali kepada keluarga mereka.

Bantuan anda sangat diperlukan! Sumbangan anda amat diperlukan!

Sokongan Anda Amat Diperlukan

MASA UNTUK BANGKIT BERSAMA