019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

‘Alternatif Learning Centre’ buat Masyarakat Pedalaman Sabah.

Alhamdulillah pada Jumaat 9 Mac lepas, beberapa orang dari ‘team’ HaRum Sandakan, telah melawati sebuah Sekolah Alternatif buat masyarakat ‘undocumented’ yang terletak di Jalan Gereja, Batu 8 Sandakan. Kali ini, kami telah mendapat kerjasama daripada En. Yunizam Yusop (Abam Botak) salah seorang aktivis kemanusiaan disini.

Berdasarkan, temubual kami bersama satu-satunya guru sekolah tersebut, beliau memaklumkan bahawa, sebelum ni terdapat guru lain yang mengajar anak-anak disini, namun setelah beberapa bulan guru tersebut tidak dapat meneruskan pengajaran, maka beliau dengan rela hati dan simpati dengan kanak-kanak ini menawarkan diri untuk meneruskan pengajaran disini. Terdapat lebih kurang 30 orang murid sewaktu kami hadir kesini, sayu hati melihat anak-anak yang sangat bersemangat untuk belajar, namun sangat kekurangan dalam serba serbi, daripada sudut infrastruktur mahupun bahan pelajaran.

Tanpa berbekalkan apa-apa bahan bantu untuk mengajar, hanya berbekalkan bahan-bahan asas seperti buku tulis, pensil dan kapur tulis yang disumbangkan oleh pihak- pihak tertentu seperti Bro Yunizam Yusop dan pihak Gereja disini. Walau begitu, Guru ini tetap meneruskan usaha murninya demi memastikan anak-anak disini tidak ketinggalan dalam pelajaran.

 

 

 

 

 

 

Justeru, kami daripada HaRum sendiri, dan juga daripada ‘team’ Bro Yunizam juga turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa buku-buku dan alat tulis kepada guru dan anak-anak disini.

Dikesempatan itu, kami juga turut melawat ke sebuah rumah berdekatan sekolah tersebut, yang mana mempunyai anak istimewa, bernama Mohd Nizam. Anak yang berumur 2 tahun ini, disahkan mempunyai darah beku dikepala dan telah dbedah, setelah pembedahan, anak ini tiada tanda-tanda untuk pulih semula.

Didoakan Allah swt memelihara dan memberi rahmat seluasnya buat keluarga ini, guru dan para anak- anak yang bersekolah disini.

Jauh disudut hati, terasa amat sayu melihat persekitaran disini yang amat dhaif . Namun, berat mata memandang berat lagi mahu memikul. Dengan sumbangan yang terlalu sedikit yang mampu kami berikan, hanya Doa kepada Yang Esa mampu kami titipkan, kepada hanya Dia jualah tempat diletakkan sepenuh pengharapan.

Coretan ini, merupakan hanya secebis kisah, daripada dunia duka lara kehidupan masyarakat yang dipinggirkan yang terdapat di bumi Sandakan, Sabah ini.

Saya amat menghormati, pengorbanan yang dilakukan oleh Bro Yunizam Yusop, dan rakan-rakannya dalam menyebarkan kasih sayang dan kemanusiaan disini, hanya Allah swt sahaja yang mampu menganjari anda semua. Semoga sentiasa diberikan kekuatan dalam usaha ini. Aminn…

Harapan saya, misi kemanusiaan dan kasih sayang seperti ini seharusnya diambil peduli oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira ras dan etnik kerana walau apa jua bangsa atau agama, kita adalah satu bangsa manusia yang tidak harus meminggirkan antara satu sama lain.

Bagi mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan boleh terus menghubungi kami atau Bro Yunizam

HaRum Sandakan : 011-14749386

Bro Yunizam Yusop : 014- 8333310

#pendidikanuntuksemua
#satukasihsenusantara
#harumsabah
#yunizamyusop
#sekolahalternatif
#sebarkansalaman

Post a comment