019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

Bantuan Mangsa Kebakaran di Lahad Datu

Salam Kasih Sayang,  Salam Kedamaiaan

Alhamdulillah, 25hb Januari 2018 (Khamis) HaRUM Sabah telah membuat penyerahan sumbangan berupa makanan keperluan dan pakaian kepada mangsa kebakaran di Kg. Paris 3. Seramai 33 buah keluarga dan 85 orang mangsa yang telah dibantu dalam kebakaran kali ini.

Penyerahan sumbangan kali ini diketuai oleh Ahli HaRUM Sabah; wakil bagi daerah Kota Kinabatangan iaitu En.Emien dan dibantu oleh empat orang aktivis HaRUM Sabah dari Lahad Datu. Semasa penyerahan sumbangan ini dilaksanakan HaRUM Sabah dapat bersama- sama dengan Pengerusi Kg.Paris 3 dan JKKK Kg. Paris 3.

Di samping itu, dalam jangka masa akan datang pihak HaRUM Sabah juga berbesar hati untuk turut serta dalam membantu pembangunan binaan Masjid baharu di Kg.Paris 3.

Sehubungan dengan itu, HaRUM Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu dan bekerjasama sama ada secara langsung atau pun tidak, berkumpulan mahupun individu.

Semoga dengan usaha murni ini dapatlah meringankan lagi beban mangsa dan masyarakat sekeliling.

#harumsabah2018
#aktivis2018
#kamiprihatin
#sebarkankasihsayang
#disinilahirnyasebuahcinta

Post a comment