019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

DAPUR RAMADHAN DI KEMBOJA

Delegasi HaRUM dan ACF (Adam Charity Foundation) telah bekerjasama dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kasih sayang di Kemboja. Dengan kerjasama dari pihak tempatan, Rafath An Nur Pusat Pengajian islam di Kemboja,pihak kami telah mengenal pasti sebanyak 200 keluarga asnaf disekitar madrasah yang layak menerima bantuan dan sumbangan dari Projek Dapur Ramadhan yg diusahakan oleh HaRUM bersama ACF

Dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga disana untuk kegunaan pada bulan Ramadhan ini. Hampir menitis airmata mereka menerima sumbangan yang tidak seberapa ini jika mahu dibandingkan dengan kehidupan mereka yang hidup dalam serba kekurangan

Namun, melihat dari  wajah mereka, terukir senyuman kesyukuran dengan pemberian nikmat dari tuhan membuatkan hati kami tersentuh.  Sedih lihat wajah kegembiraan mereka walaupun ada diantara mereka yang ditinggalkan oleh anak anak dan hidup sebatang kara.

Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 rahmat kepada mereka semua

Post a comment