019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

HaRUM Sarawak bergerak selangkah kehadapan!

Salam Kasih Sayang

HaRUM bergerak selangkah kehadapan!

Syukur, tanpa mengira kepenatan, masa dan tenaga, HaRUM Sarawak mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama-sama dengan Dato Yusnar di kediamannya yang bertempat di Sibu, Sarawak. Beliau adalah Penaung kepada Rumah Anak-anak Yatim (PERYATIM) yang bertempat di Kemuyang, Sibu, Sarawak.

Daripada pertemuan tersebut, beliau amat berbesar hati sekiranya dapat menjalinkan kerjasama bersama dengan HaRUM dalam apa jua aktiviti. Selain itu, HaRUM telah berkongsi beberapa pengalaman, misi dan visi mengenai HaRUM kepada Dato yang diwakili sendiri oleh Tuan Presiden Harum,Tuan Syed Khairul Mizan.

Beberapa perkongsian dan cadangan aktiviti telah diutarakan oleh Dato Yusnar dan beliau memberikan sokongan yang padu kepada HaRUM untuk bekerjasama bersama dan menjayakannya di Sarawak.

Dengan itu, HaRUM amat berterima kasih kepada Dato Yusnar kerana memberikan kepercayaan kepada HaRUM dan semoga ikatan silaturrahim ini akan berkekalan selamanya.

FAITH LOVE HAPPINESS

Post a comment