019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

HaRUM Sarawak bersama Keluarga Datuk Amar Hajjah Jamilah Bt HJ Anu

HaRUM Sarawak amat berterima kasih kerana diberikan ruang bersama-sama dengan keluarga Datuk Hjh Jamilah (Isteri kepada Almarhum Pehin Sri Datuk Patinggi Dr Hj Adenan Bin Satem) di kediamannya di dalam majlis tertutup tahlil Almarhum Tok Nan. Almarhum Pehin Sri Datuk Patinggi Dr Hj Adenan bin Satem (mesra dipanggil Tok Nan) suatu ketika dulu merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak yang amat disayangi, dihormati dan disegani oleh rakyat tempatan.

Usai daripada bacaan Yasin, HaRUM Sarawak diberi peluang memberikan penerangan mengenai Misi, Visi dan gerak kerja HaRUM dan tidak lupa mengenai teras yang menjadi inspirasi HaRUM untuk bergerak iaitu Cinta, Kasih Sayang dan Salaman.

Tuan Presiden HaRUM, Tuan Sayed Khairul Mizan juga berkongsi pengalaman mengenai isu-isu kemanusiaan dan yang berlaku di Marawi. Syukur, hadirin yang hadir amat terharu kerana ada badan kemanusiaan yang mengambil berat akan saudara islam di sana dan sedikit sebanyak mengetahui daerah yang bernama Marawi. Dalam pada masa yang sama Tuan Presiden berkongsi juga mengenai Istiqamah Online(SI) untuk membolehkan orang ramai menyumbang secara automatik.

Pertemuan ini amat bermakna buat HaRUM Sarawak dan semoga dapat membina jaringan dan jalinan untuk Program Kemanusiaan Di Sarawak Khususnya.

Alfatihah ditujukan kepada Almarhum Tok Nan.semoga semangat dirimu kekal berada di dalam jiwa masyarakat Sarawak.

FAITH LOVE HAPPINESS

Post a comment