019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

Lawatan Mangsa Kebakaran Di Tawau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khamis (28 Jun 2018), saya selaku wakil Harum Sabah telah ke pusat perlindungan sementara di Sk Tanjung Batu Keramat untuk meninjau keadaan mangsa kebakaran di Kg Bukit Kukusan, Tawau.  Seramai 31 org dewasa & 14 kanak2 mendapatkan perlindungan di pusat terbabit dan 108 lagi mangsa menetap di rumah keluarga & saudara-mara mereka.

Saya juga turut berkesempatan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak di sana bagi memberikan sedikit kegembiraan buat mereka di atas ujian yang telah ditempuhi keluarga mereka di bulan Syawal yg penuh berkah ini. Di sana saya telah t menemubual wakil APM, En Safwan yang telah bertugas menjaga keselamatan & membantu menguruskan mangsa-mangsa kebakaran ini. Pusat perlindungan ini juga telah di urus selia oleh Pn Mardianah, Hjh Sabariah, Tn Razali & bersama wakil-wakil dr YB tempatan. Alhamdulillah syukur, dengan bantuan pengurusan yg efisien & teliti daripada mereka, pusat perlindungan ini sangat kemas dan teratur. Namun, dari segi kemudahan & kelengkapan bagi mangsa kebakaran, masih banyak lagi kelengkapan yang diperlukan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.

Antara kelengkapan dan barangan yang masih belum mencukupi dan sangat diperlukan adalah lampin bayi, susu tepung bayi, air minuman, makanan. Sy amat tersentuh apabila terdapat seorang bayi perempuan berusia 8 Bulan yg baru saja keluar dari Wad kanak-kanak Hospital Tawau akibat jangkitan dan tonsil di bahagian tekak nya. Dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, terpaksa pula untuk tinggal di dalam khemah perlindungan sementara yang sempit. Tampak air mata ibu nya bergelinang mengharap bantuan dan pertolongan bagi membantu untuk keperluan anaknya itu. Saya hanya mampu berdoa ketika itu agar dipermudah kan segala urusan mereka dan di berikan ketabahan yang kuat buat mereka dalam menempuh ujian dari Allah kali ini.

Saya juga telah menerima maklumat yg mereka hanya di benarkan untuk berlindung di pusat perlindungan tersebut hingga tarikh 2 Julai saja. Tersentak saya berfikir, seandainya ada antara mereka yang tidak mempunyai saudara-mara berdekatan, di manakah lagi tempat untuk mereka berlindung . Saya merayu atas belas ihsan dari semua yang berkemampuan dan berkeupayaan, agar dapat membantu mangsa-mangsa kebakaran ini yang amat memerlukan. Jika ada diantara yang berhajat untuk menyumbang dan berkongsi rasa Kasih Sayang, boleh menerusi akaun Maybank 5100 5950 6398 HaRUM Sabah (Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara) dengan rujukan Mangsa Kebakaran Kg Bukit Kukusan.

Muhammad Azrin Abdullah
Sukarelawan HaRUM Sabah

Post a comment