019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

“KEBERSAMAAN” hakikat sebenar kejayaan.

Kasih Nusantara Charity Sales

#HaRUMVolunteers
#CarBootSales
#ShopFORaGoodCause

Ahad, 10Disember2017- Seawal jam 630 pagi, seramai 15 orang Sukarelawan HaRUM sudah berada di tapak jualan ‘CarBoot Sales’ yang bertempat di CBS Kota Damansara untuk membuat persiapan sempena projek ‘Kasih Nusantara Charity Sales’.

Projek ini merupakan cetusan idea daripada sukarelawan HaRUM sendiri sebagai satu usaha bersama bagi meraih dana untuk disalurkan kedalam Tabung Kasih Nusantara. Naib Presiden HaRUM, Dr. Zuhdin juga turut sama hadir membantu dan memberi sokongan.

Syukur Alhamdulillah sejak awal pagi sehingga ke hujung program sambutan pengunjung yang hadir tidak putus-putus dan sangat menggalakkan. Ada juga yang membeli dalam jumlah yang banyak semata-mata untuk menyokong misi kemanusiaan HaRUM. Jumlah hasil jualan juga melebihi sasaran yang ditetapkan.

Lebih mengharukan kami, apabila ada seorang peniaga disekitar tapak jualan HaRUM datang menyumbang beberapa beg pakaian dan barangan untuk projek jualan amal kami pada masa akan datang dan beliau terus menadah tangan berdoa dengan bersungguh pada waktu itu juga agar segala urusan serta usaha HaRUM dipermudahkan.

Untuk makluman semua, diatas respon positif dan permintaan yang kami terima dari pelbagai pihak dan individu, InshaAllah HaRUM akan mengadakan projek ‘Kasih Nusantara Charity Sales’ setiap dua minggu sekali.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada sukarelawan HaRUM dan semua pihak yang terlibat. Kejayaan sesuatu program itu bukanlah satu keutamaan tetapi nilai kebersamaan, semangat bergotong-royong dan kasih sayang yang hadir pada setiap jiwa yang terlibat dalam menyebarkan salaman dan kegembiraan itulah hakikat sebenar kejayaan.

 

 

 

Post a comment