019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

Kepentingan NGO memahami GeoPolitik

8/10/2017 – Shah Alam, berlangsung di pusat operasi HaRUM, satu sesi perjumpaan kecil telah diaturkan team harum bersama salah sorang pengkaji dan pakar dalam geopolitik iaitu En Khalid .

Pertemuan yang diadakan ini bertujuan untuk HaRUM menimba ilmu pengetahuan lebih lanjut dalam memahami geopolitik semasa. Selaras dengan visi yang dibawa harum dalam setiap misi iaitu kedamaian dan kasih sayang, ianya amat penting untuk memahami keadaan geopolitik sesebuah negara sebelum mengatur gerak kerja.

Seharian bersama En Khalid dlm membincangkan geopolitik dunia dan kaitan dgn krisis dan juga konflik yang terjadi pd sesebuah negara. Geopolitik yg berasal dr dua kata iaitu ‘geo’ dan ‘politik. Maka tidak terlepas dari perbahasan mengenai masalah geografi dan juga politik.

Sebelum tamat sesi ini, HaRUM menyatakan hasrat untuk menganjurkan wacana yang berskala besar tentang geopolitik dunia, dan disokong baik oleh En Khalid yang bertujuan untuk membuka minda org ramai lebih luas dlm memahami keadaan dunia masa kini. HaRUM berhasrat untuk mengajak lebih banyak NGO dan masyarakat diluar sana dalam mendalami ilmu geopolitik.

InshaAllah tenaga gerak kerja HaRUM telah bersedia untuk menjayakan program ini dan rangka kerja untuk wacana ini telah pun dijalankan.

Post a comment