skip to Main Content
Kerjasama HaRUM Di Kuching Sarawak

Kerjasama HaRUM di Kuching Sarawak

HaRUM Sarawak telah berpeluang berjumpa dengan Tuan Hj Ibrahim Bin Kipli selaku Pengarah Pejabat Daerah Kuching dan merangkap Pejabat Pusat di Sarawak. Peranan beliau adalah di bahagian pengurusan seperti Program keramaian dan korporat.

Tuan Hj berkongsi rasa dan beberapa pengalaman gerak kerja yang telah dilakukan di Sarawak. Di dalam perkongsian dua hala ini juga Presiden Harum Malaysia, Tuan Sayed Khairul Mizan menerangkan visi, misi dan pengenalan HaRUM serta elemen penting iaitu Cinta, kasih sayang dan Salaman kepada beliau.

Tuan Hj Ibrahim amat teruja dengan perkongsian tersebut dan mendapati punca ketidaksedaran masyarakat di sini yang sering mempunyai masalah dari sudut belia, keluarga, korporat yang kurang mengambil berat nilai kasih sayang.

Oleh itu, Tuan Hj Ibrahim amat mengalu-alukan penglibatan Ngo HaRUM Sarawak di Borneo khususnya di Sarawak untuk menjalinkan kerjasama bersama agar dapat mewujudkan satu program kesedaran kemanusiaan dan kasih sayang.

HaRUM berterima kasih kepada Tuan Hj Ibrahim kerana sudi bersama HaRUM Sarawak dan semoga masyarakat di Negeri Sarawak hidup dengan penuh kedamaian dan harmoni.

FAITH LOVE HAPPINESS

Back To Top