019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

Mesyuarat Agung Tahunan UNIW yang Ke-22

Istanbul, Dec 8 – UNIW telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan mereka yang ke – 22 di Istanbul,  Turkey.  Lebih dari seratus wakil NGO dari beberapa buah negara telah menghantar perwakilan masing – masing termasuk juga dari Malaysia.

HaRUM salah satu wakil NGO daripada Malaysia yang juga merupakan ahli UNIW sejak 2014 telah diwakili oleh Tuan Sayed Khairul Mizan selaku presiden HaRUM ke Mesyuarat Agong tahunan yang ke-22 ini.

Dikesempatan ini juga,  Presiden HaRUM mengambil peluang bertemu dengan Setiausaha Agong UNIW Mr Ali Kurt dan Timbalan Setiausaha Agong Tn Haji Azam bagi menyerahkan mini profile HaRUM kepada mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mesyuarat telah berjalan dengan baik,  dan Mr Ali Kurt masih lagi dikekalkan jawatan  sebagai Setiausaha Agong UNIW untuk pengal yang baru. Ketika sesi perbincangan terbuka, majoriti perwakilan yang tampil telah menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan Trump mengistiharkan Al Quds sebagai ibu negara Israel.

Mesyuarat telah berakhir pada jam 12 tengahari untuk solat Jumaat. Keesokannya akan diadakan Perasmian International NGO Fair 2017

Post a comment