019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

Pertemuan NGO RIBAT dari Turki di Cotabato, Filipina.

Dalam pertemuan delegasi HaRUM dan IHH di Cotabato yang lalu, HaRUM berkesempatan beramah mesra dengan wakil NGO RIBAT yang kebetulan mengadakan lawatan dan misi kemanusiaan di Cotabato. NGO RIBAT atau nama penuhnya Ribat Insani Yardim merupakan sebuah NGO yang berpangkalan di Konya, Turki. Misi dan visi mereka adalah lebih fokus kepada sudut pembangunan pendidikan terutamanya untuk kanak-kanak.

Pelbagai idea dan pengalaman yang dikongsi oleh mereka dalam pertemuan ini yang dapat membantu untuk memperkasa dan memantapkan lagi segala pengurusan yang berkaitan dengan Projek Perintis Pendidikan HaRUM akan datang.

 

 

 

 

Sewaktu perbincangan, HaRUM juga terus dijemput oleh wakil NGO RIBAT untuk bersama-sama mereka menjalankan aktiviti pengagihan barang keperluan untuk kanak-kanak di rumah anak yatim UGUR SULEYMAN SOYLEMEZ di Cotabato, Selatan Filipina.

Wakil NGO RIBAT Mr. Seyid Duman sangat gembira dan berbesar hati menerima kunjungan wakil HaRUM dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan HaRUM dalam Misi-misi kemanusiaan di Nusantara akan datang. Beliau juga menjemput HaRUM untuk berkunjung Ke ibu pejabat mereka di Konya, Turki untuk membincangkan usahasama yang boleh direalisasikan bersama dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kasih sayang di sekitar Nusantara.

Post a comment