019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA MASYARAKAT

20hb Mei 2017

HaRUM Sabah telah menjalankan satu program Jalinan Mesra bersama masyarakat Kg. Menunggang Kuala Penyu. Objektif program ini adalah untuk menyantuni masyarakat non-muslim dan masyarakat mualaf di kampung tersebut.

Seramai 10 buah keluarga non-muslim yang memerlukan telah diberikan bantuan berupa keperluan asas makanan daripada HaRUM Sabah. Bagi golongan mualaf pula, HaRUM Sabah telah menyampaikan sumbangan kepada mereka seperti kitab-kitab pengajian islam dan pakaian muslimah kepada mereka. Tenaga Team HaRUM Sabah turut mengadakan majlis qasidah bersama golongan mualaf tersebut.

Terima kasih kepada Puteri Umno Bahagian Daerah Beaufort, Group Kasih Sayang dan mereka yang turut sama menyumbang demi menjayakan program ini. Ribuan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Moga Allah memberkati segala usaha kepada semua yang terlibat.

Tidak lupa juga kepada sukarelawan HaRUM Sabah yang berusaha dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan pada masa akan datang program seperti ini boleh diteruskan lagi demi menghulurkan sebuah cinta kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan bantuan yang sedikit ini dapat menggembirakan mereka yang memerlukan.

*Sukarelawan HaRUM Sabah*

Post a comment