019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

Projek ‘Wakaf Talam’ kerjasama Tenggara PC bersama NGO HaRUM

Projek ‘Wakaf Talam’ kolaborasi antara Tenggara Performer Club bersama NGO HaRUM bagi meraikan anak anak asnaf dari Rumah Pengasih Harapan. “Wakaf Talam” adalah program yang dianjurkan bersama untuk menjana dana bagi Rumah Kasih Harapan(Kota Damansara). Pusat yang menyediakan perlindungan dan penjagaan bagi anak anak yatim piatu dari umur 6-16 tahun.

Dari pihak Tenggara PC pula diwakili oleh en Saiful Amir atau lebih dikenali dengan gelaran Pot Amir, salah seorang dari penyanyi RnB Soul, Pop and Acapella dari kumpulan innuendo. Terkenal dengan kemerduaan suara nya yang menyanyikan lagu lagu hit seperti belain jiwa dan selamanya.

Majlis yang berlangsung di Mukha Cafe, TTDI KL, tetamu istimewa dari Rumah Kasih harapan pada malam itu tiba pada jam 8.30 mlm dan disertakan dengan majlis Tahlil ringkas berserta doa selamat sebelum anak anak ini dijamu untuk makan bertalam bersama yang hadir pada malam itu. Selesai sahaja makan malam, mereka diraikan dengan permainan Juara Senyum dan pemenang ditentukan dengan senyuman yang paling menarik hati para hadirin malam itu.

Pada malam tersebut HaRUM melancarkan Tabung Kasih Nusantara dan sumbangan melalui “Standing Instruction”, ucapan disampaikan sendiri oleh Presiden HaRUM, Tuan Sayed Khairul. Dalam ucapan nya, Tuan Sayed menerangkan visi dan misi harum, peranan harum dalam membawa misi kemanusian dan kasih sayang. Nilai nilai yang diterangkan sama seperti didalam tag line harum sendiri “faith-love-happinees”. Hadirin malam itu menyokong penuh dengan gerak kerja yang dilakukan oleh HaRUM dalam membawa misi salaman seluruh dunia seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W juga pada zamannya dahulu. Sebelum bersurai, majlis malam itu dihiburkan oleh Pot Amir, AlMawlid Ensemble (AE) dan rakan rakan.

HaRUM mengucapkan jutaan terima kasih pada semua, terutama pada para penyumbang dan penaja program wakaf talam ini. Moga setiap sumbangan yang diberikan dapat mengembirakan anak anak ini. Diharapkan akan banyak program seperti ini dilakukan dimasa hadapan bagi meringankan beban pusat pusat yang menguruskan rumah anak anak yatim.

Post a comment