skip to Main Content
QURBAN KASIH UNTUK MARAWI

QURBAN KASIH UNTUK MARAWI

Tahukah anda, masih ramai lagi saudara kita di Nusantara yang sedang kelaparan ?

Dan sehingga kini, masih ada di kalangan mereka yang hanya dapat merasai nikmat daging setahun sekali ?
Di Selatan Filipina, khususnya di Marawi ramai saudara kita yang menderita, hidup serba kekurangan, tiada tempat tinggal yang sempurna, kekurangan sumber makanan dan air yang bersih rentetan dari peristiwa dan konflik yang berlaku ketika ini.

Alangkah indahnya jika kita dapat berkongsi rezeki dan memberi kebaikan kepada mereka.

Bagaimana caranya?

Jom sertai ibadah korban bersama HaRUM. Kami akan bekerjasama dengan NGO disana membawa daging korban yang siap dimasak untuk diberikan pada saudara2 kita di Selatan Filipina khususnya di MARAWI.

Kami mengajak dan mengalakkan anda semua menyertai ibadah Qurban Kasih Marawi 2017 bersama dengan HaRUM.

Berapa harganya?

HaRUM menetapkan kos untuk satu bahagian lembu sebanyak RM650 termasuk kos barangan untuk memasak kerana ketidakmampuan mereka untuk membeli barangan memasak.
_________________________________________
Pembayaran penyertaan ibadah qurban, aqiqah dan nazar ini boleh terus ke Akaun Maybank HaRUM:

Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara
5624 7814 6397

Resit akan dikeluarkan selepas bayaran dan slip pembayaran diterima oleh pihak HaRUM. HaRUM juga akan memberi sijil penyertaan dalam masa dua minggu selepas Hari Raya Aidiladha.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi wakil kami seperti dibawah :

Pn Maria: 013-434 8262
Encik Akmal: 018 – 272 2972
En Naim : 017-349 0979
En Zuhdin : 012 – 321 2553

Back To Top