019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

SALAM 2018

Salam Menyambut Tahun Baru 2018.

Kedatangan tahun baru adalah titik terbaik untuk kita melihat segala bentuk kekuatan, kekurangan, pencapaian di samping berusaha untuk memantapkan dan memperkasakan lagi gerak kerja bagi tahun baru yang mendatang.

Kejayaan dan pencapaian baik yang diterima oleh HaRUM sepanjang tahun 2017 ini tidak bererti tanpa sokongan dan komitmen daripada semua rakyat Malaysia khususnya dan negara jiran serantau umumnya. Terima kasih jua kami ucapkan kepada seluruh barisan sukarelawan HaRUM yang bersungguh dalam menjayakan visi dan misi HaRUM bagi menebarkan lagi sayap keamanan sejagat.

Pastinya, tahun 2018 adalah tahun yang punya cabaran tersendiri. Walau apa jua keadaan mendatang, HaRUM akan terus melangkah kehadapan, bergandingan dan bermuafakat dengan sesiapa sahaja demi membawa sinar damai dan keamanan buat dunia.

Moga tahun 2018 membawa 1001 kebaikan dan perubahan yang indah.

Sekian,
Faith. Love. Happiness.

Post a comment