Mengapa Anda Perlu Sertai Kami?

SUKARELAWAN MERUPAKAN TULANG BELAKANG BAGI HARUM. KAMI SANGAT BERBANGGA UNTUK BEKERJA DENGAN INDIVIDU YANG SANGGUP MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA MEREKA DAN BERKONGSI KEPAKARAN YANG ADA DALAM MEMBANTU MISI KEMANUSIAN KAMI.

Kemahiran Yang Luas

Sukarelawan membantu anda mempelajari kemahiran baru, memelihara kemahiran yang tajam, atau kemahiran sedia ada dengan cara yang baru.

Hidup Sihat

Melibatkan dalam suasana positif dan menjadi lebih bahagia. Meningkatkan kesihatan dan memastikan anda aktif.

Meningkatkan Keyakinan Diri

Anda melakukan kebaikan untuk orang lain dan masyarakat, yang memberikan rasa pencapaian yang tidak dapat diperolehi dengan sendiri.

Rangkaian Sosial

Meningkatkan rangkaian sosial, bertemu orang baru. Cara yang bagus untuk mengukuhkan dan mengembangkan kemahiran interpersonal anda.

Kemahiran Kepimpinan

Dengan misi- misi yang dijalankan, anda boleh mempertajam kemahiran kepimpinan anda apabila menjadi sukarelawan.

Peluang untuk berkhidmat kepada komuniti

Buat perbezaan antara kehidupan seseorang atau komuniti sendiri.

Sukaralewan

 

Kami sentiasa mencari sukarelawan yang mempunyai semangat dan profesionalisme sambil menyokong usaha kemanusiaan kami. Sekiranya anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan HaRUM, ikuti langkah-langkah berikut:

Sila isi butiran peribadi anda dalam BORANG Sukarelawan atau hantarkan butiran anda [NAMA, NO TEL, ALAMAT, E-MAIL] melalui pautan WhatsApp di bawah:
http://www.wasap.my/60182722972.

Para sukarelawan kami dikehendaki menjalani pertemuan sebelum sebarang penempatan misi.

Sukarelawan akan ditempatkan untuk misi domestik dan mengikut kapasiti dan latihan bantuan kemanusiaan akan diberikan.