019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

TANGISAN MARAWI, RAYUAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Harum amat beruntung kerana kami telah diberi peluang untuk melihat salah satu tempat Penempatan Sementara mangsa-mangsa konflik di MARAWI. Luluh hati kami melihat keadaan disana, memang amat dhaif dan serba kekurangan.

Melihat anak-anak bermain, ada yang tidur, ibu-ibu yang sudah tua, ada yang tinggal 9 beranak ditempat yg begitu sempit, berselerak dengan barang-barang dan ditambahi dengan bau yg tidak menyenangkan. Kami tidak tahu bagaimana mereka boleh menjalani kehidupan disini seharian terutama sekali anak-anak kecil yang ada diantara mereka kehilangan tempat bengantung asbab daripada konflik yang berlaku.

Kami melihat juga ada beberapa keperluan asas yang diperlukan oleh mereka disini seperti pakaian, makanan, ubat-ubatan, sabun, pampers dan lain-lain. Seketika kami berada disana, maklumat yang diterima ada sebahagian diantara mereka sudah tiga hari tidak menjamah makanan. Ia amat menyedihkan pada kami semua yang berada disitu.

Pelbagai cerita yang diperolehi tentang keadaan dan kesukaran mereka disini, tentang kemusnahan kampung halaman mereka, tentang kerinduan pada ahli keluarga yang terpisah dan banyak lagi yang tidak mampu kami menceritakan. Kesempatan itu apakah yang mereka harapkan dan sampaikan selepas kami pulang nanti, mereka menyatakan hanya doa daripada rakyat Malaysia dan mengharapkan agar konflik ini segera berakhir.

Atas dari kejadian ini membuat kami tersedar betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia yang  hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Walaupun terpalit dengan isu-isu panas dalam negara, ianya masih terkawal dan rakyat Malaysia mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun tiadalah harus semua itu membuatkan kita hanya duduk diatas kesyukuran sahaja hingga kita alpa pada negara negara jiran serantau yang ditimpa dengan konflik.

Sejajar dengan prinsip HaRUM yang berpegang pada keamanan, rundingan dan tanpa keganasan sebagai landasan penyelesaian konflik tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit, dimana semuanya berhak untuk hidup aman dan sejahtera.

Oleh itu marilah rakyat Malaysia semua, kita sama-sama berkongsi kasih dan rezeki yang diberikan untuk membantu saudara kita yang berada diMarawi dan beberapa kawasan diMindanao. Insyallah, pada 30hb August HaRUM akan menjalankan Misi Kemanusian Kasih Marawi dan Misi Qurban HaRUM untuk masyarakat Marawi.

Akaun Maybank : 5624 7814 6397
Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara

Jika ada sebarang pertanyaan tentang misi ini bolehlah hubunggi :

Sayed Khairul – 012 372 0725
Aireen – 012 336 1701

Kami juga memohon jasa baik anda semua agar dapat share informasi ini di media sosial supaya ramai lagi rakyat Malaysia yang dapat mengambil peluang untuk membantu.

#kasihmarawi
#harum2017
#silashare

Disclamer : Sebarang gambar-gambar yang di paparkan, HaRUM telah mendapat keizinan daripada pihak keluarga mangsa untuk dipaparkan melalui media HaRUM.

Post a comment