019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

Tayangan Amal Jibam Meraikan 100 Anak Yatim

 

Alhamdulillah projek Tayangan Amal filem “Jibam” bersama anak-anak yatim telah berjaya dilangsungkan pada 19 Disember lalu, di pawagam mmCineplexes, eCurve, Damansara, Petaling Jaya. Projek julung kali dianjurkan HaRUM ini melibatkan kira-kira 100 anak-anak yatim berusia lingkungan 3-12 tahun, dari 4 buah rumah kebajikan anak-anak yatim iaitu :

  1. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)
  2. Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras
  3. Persatuan Pertubuhan Islam Buah Hatiku, Cheras
  4. Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, Ampang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mereka tiba di eCurve seawal 10 pagi, dengan wajah penuh gembira dan ceria dan dijamukan sarapan pagi. Ketika menunggu tayangan bermula jam 11 pagi, mereka dikejutkan dengan kemunculan pelakon utamanya, adik Mohd Ariff Abdullah @ Jibam bersama beberapa pelakon utama lain. Turut hadir Pengarah Jibam, Che Mie dan kartunis penulis novel Jibam, Ujang beserta wakil dari syarikat produksi. Suasana tayangan amat meriah dengan gelak tawa anak-anak terutama melihat keletah Jibam dan Tok Ngah Sudin.

 

 

 

 

 

 

Selepas tayangan berakhir, peluang bergambar bersama para pelakon tidak dilepaskan. Kemudiannya Presiden HaRUM, Tn Syed Khairul Mizan menyerahkan sumbangan tunai kepada setiap pusat jagaan yang terlibat.

Seterusnya diadakan sesi sidang akhbar yang dihadiri media Melodi, NSTP , Harian Metro dan Berita Harian. Presiden HaRUM menjelaskan tujuan projek ini diadakan, iaitu selain menyantuni anak-anak yatim dan menggembirakan mereka, adalah juga untuk mengisi dana Tabung Kasih Nusantara bagi misi-misi kemanusiaan HaRUM di berbagai tempat. Manakala bagi pihak pelakon dan produksi, wakilnya Esma Daniel melahirkan rasa syukur atas pemilihan filem Jibam sebagai projek tayangan amal HaRUM yang secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka menyumbang sesuatu dalam projek amal tersebut.

Selepas jamuan tengahari, anak-anak ini dibawa melawat Pusat Sains Negara dan turut diberikan buah tangan setiap seorang. Walau semua keletihan namun wajah ceria dan gembira terpancar pada wajah masing-masing. Program tamat sekitar jam 5 petang.

 

 

 

 

 

Terima kasih kepada pihak penaja Kaya Lima Trading Sdn BhdMom’s House Bukit Jelutong dan My Coffee Shoppe Restoran & Katering, yang sudi bersama-sama HaRUM menjayakan program bersama anak-anak syurga ini. Moga diberkati dan dimurahkan rezeki buat semua.

Program ini juga berjaya mewujudkan jalinan mesra HaRUM dengan pihak seni, pihak media, NGo dan badan-badan swasta. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, insya Allah.

Post a comment