skip to Main Content
TERUJA BERSAMA HaRUM

TERUJA BERSAMA HaRUM

Selesai sahaja pertemuan HaRUM Sarawak bersama Ngo Wanita, pada malam pula HaRUM menerima jemputan daripada Mbok ke rumahnya untuk berkongsi lagi mengenai gerak kerja, misi, visi dan pengalaman HaRUM.

Baginya pertemuan pada sebelah siang tidak mencukupi untuk lebih mengenali HaRUM yang kini ingin bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk bersama atas nilai kepercayaan, cinta, kasih sayang dan Salaman.

Mbok atau namanya Puan Sharifah Halimah merupakan seorang sukarelawan di Jabatan Kebajikan Malaysia, salah seorang ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan seorang ahli perniagaan di Sibu Sarawak.

Perkongsian HaRUM yang dikongsi oleh Tuan Sayed Khairul Mizan amat memberi keterujaan kepada beliau untuk menjalinkan kerjasama bersama HaRUM. Selain itu, bersama kami juga adalah Tuan Wan Hashim(adik beradik Mbok) selaku setiausaha Persatuan Persilatan Helang Putih Sarawak.

Pelbagai perkongsian dan cadangan telah diberikan di antara satu sama lain dalam membina jaringan dalam mengadakan beberapa program yang akan datang. HaRUM amat berterima kasih kepada Mbok kerana sudi memberikan sokongan kepada HaRUM Sarawak di dalam misi dan visi yang sama.

Ianya amat memberi inspirasi kepada HaRUM Sarawak untuk melangkah lebih kehadapan dan melebarkan sayap kedamaian di Bumi Sarawak.

FAITH LOVE HAPPINESS

Back To Top