019 3038606
admin@harum.org.my

Blog

“THE INSPIRING WOMEN”

“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”

Alhamdulillah, HaRuM Sarawak dengan kerjasama MyCare telah diberikan kesempatan untuk bersama-sama dengan para wanita dari beberapa Ngo dan persatuan wanita di Sibu Sarawak.

Antaranya ialah Skuad Kasih Sayang(SKS), Women Organization of Charge(WOC), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) dan Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak(PPWS).

Dalam pertemuan ini, Tuan Syed Khairul Mizan selaku Presiden HaRuM Malaysia berpeluang berkongsi rasa dan beberapa pengalaman dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan serta sedikit sebanyak perkongsian mengenai pengenalan Ngo HaRUM.

Syukur, pertemuan ini amat memberi makna kepada Harum dan para wanita yang hadir dalam membina jaringan dan kerjasama di dalam apa jua aktiviti yang akan datang khususnya di negeri Sarawak. Terdapat beberapa perkongsian daripada perwakilan wanita yang hadir dan mereka begitu bersemangat menyatakan hasrat untuk bersama HaRUM pada masa akan datang.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada HaRUM Sarawak untuk melangkah lebih jauh di Bumi Kenyalang ini.

FAITH LOVE HAPPINESS

Post a comment