VISI
Menyatu kembali kekeluargaan dan persaudaraan masyarakat yang berkongsi nilai yang sama, agama, bangsa, bahasa, kebudayaan, sosio–ekonomi dan sebagainya.
MISI
Menjadi pertubuhan bukan kerajaan yang mampu membela hak-hak kemanusiaan sejagat melalui bantuan-bantuan kemanusiaan, pendidikan dan keilmuan, pembangunan sosio-ekonomi, dan pengupayaan masyarakat nusantara dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Terdapat pelbagai cara untuk membantu bagi mengubah kehidupan mereka.
- Mulakan kempen ditempat kerja
- Penglibatan Belia
- Menjadi sukarelawan
- Menjadi Rakan Kerjasama
- Wakil Program
Antara Kejayaan Kami
MISI KEMANUSIAAN & QURBAN #MARAWI
KONFLIK MARAWI adalah satu lagi tragedi kemanusiaan yang menyaksikan lebih 200,000 orang awam menjadi pelarian dan kehilangan tempat tinggal. HaRUM dengan kerjasama MINSUPALA Realm Intergration for Diversity Inc., sebuah NGO di Filipina telah menghantar sukarelawan untuk menjayakan 2 misi “TULONG MARAWI NOW”; Misi Kemanusiaan (27-29 Julai) dan Misi Qurban Aidil Adha (3-5 September) 2017. Terima kasih pada semua yang telah menghulurkan sumbangan untuk kedua-dua misi ini. Misi membantu Marawi belum berakhir, justeru sumbangan berterusan untuk Tabung Kasih Nusantara #Marawi amatlah dialu-alukan.Konflik MarawiPERHIMPUNAN AGUNG UNPO XIII
Buat kali kedua, HaRUM telah menyertai Mesyuarat Agung Ke-13 Unrepresented Nations & Peoples Organization (UNPO) di Edinburgh, Scotland pada 26-28 Jun 2017. Kali pertama adalah pada 2-4 Julai 2015 di Brussel, Belgium. Pada sesi kali ini, HaRUM membantu wakil Sulu membentangkan cadangan penyelesaian konflik di Selatan Filipina. HaRUM turut mengukuhkan kerjasama sedia ada dengan UNPO, membina jaringan kerjasama dengan NGO Third Generation Project dan beberapa badan kemanusiaan dari beberapa negara, serta menziarahi beberapa tokoh masyarakat Melayu di UK.PERHIMPUNAN AGUNG UNPO XIIIWACANA KEHARMONIAN ISLAM NUSANTARA 2017
Wacana yang julung kali diadakan ini bertepatan dengan senario geopolitik semasa, khususnya di rantau Asia Tenggara. Dengan tema “Menjernihkan Jiwa, Mendamaikan Nusantara” wacana ini membincangkan pelbagai masalah dan cabaran semasa ummah serta penyelesaiannya, baik dari aspek ekonomi, politik, kewangan, pengurusan, sosial dan sebagainya. Isu-isu ini perlu ditangani dengan baik bagi memelihara kesatuan dan keamanan serantau. Wacana ini dianjurkan Majlis Dakwah Negara (MDN), YADIM, JHEAINS, Pejabat Mufti Sabah, Pertubuhan Kerukunan Ulama Nusantara (KUN) dan HaRUM. Ia telah berlangsung di TH Hotel, Kota KInabalu, Sabah pada 13 Mei 2017 dengan disertai wakil-wakil pelbagai agensi dan pertubuhan dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Cambodia.WACANA KEHARMONIAN ISLAM NUSANTARA 2017PROJEK DAPUR RAMADHAN 2017
Projek Dapur Ramadhan 2017 merupakan satu lagi inisiatif HaRUM dalam menzahirkan kasih sayang dan kebersamaan membantu golongan yang memerlukan. Projek kali kedua ini melibatkan beberapa negeri di Semenanjung; dari Utara ke Selatan, Timur dan Barat, selain Sabah dan Sarawak. Sejajar dengan visi dan misi HaRUM, bantuan Dapur Ramadhan ini turut disampaikan kepada beberapa pihak di Thailand, Filipina dan Kemboja. Terima kasih kepada semua penyumbang.PROJEK DAPUR RAMADHAN 2017