Pembentangan Laporan Kewangan Bagi Tahun 2021
Rabu, 7 September 2022 – Syukur Alhamdulillah mesyuarat yang berlangsung semalam mengenai kutipan dana dan perbelanjaan kos aktiviti untuk tahun 2021 berjalan dengan lancar dan dibentangkan sendiri oleh Presiden HaRUM Malaysia Tuan Sayed Khairul Mizan.
Setiap tahun HaRUM akan mengadakan mesyuarat bagi memperincikan laporan aktiviti, program dan tentunya laporan kewangan pada setiap pendapatan dan perbelanjaan sebelum dibentang dan disahkan dalam Annual General Meeting yang lazimnya diadakan pada setiap hujung tahun.
Pembentangan semalam juga merangkumi segala aktiviti dan juga laporan kewangan bagi tahun 2020, 2021 dan 2022 setakat pada bulan Ogos serta perancangan gerak kerja bagi sepanjang tahun ini yang berbaki 4 bulan lagi.
InsyaAllah beberapa program bantuan dan komuniti telah dirancang untuk suku tahun terakhir ini dan diharap ianya dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dipersetujui oleh mesyuarat semalam.