Qurban Salaman
بسم الله الرحمن الرحيم
AlhamduliLlah, segala pujian kita rafa’kan kepada Allah ,Tuhan yang amat cintakan hambaNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat seluruh alam serta ahli keluarga Baginda.
Sedikit perbincangan pada permasalahan Ibadah Korban . Semoga ia memberi manfaat bagi mereka yang mencintakan salaman ( keharmonian dan kedamaian ) dan Rahmatan lil Alamin.
Korban adalah amalan yang sangat mulia kerana dia mengambil pedoman daripada pengorbanan Nabi Allah Ibrahim u sehingga ia menjadi kewajipan ke atas Baginda Rasul untuk melakukannya saban tahun sebagaimana sabdanya :
كُتِبَ عَلَيَّ النَّحرَ وَليْسَ بِواَجِبٍ عَلَيْكُمْ
“ di wajibkan ke atas diriku berkorban sedangkan ia tidak di wajibkan di atas kalian” Riwayat Ad Darul Qutni.
Tiadalah sesuatu yang bererti dan diwajibkan ke atas kekasih Allah ini melainkan padanya terkandung rahsia kasih dan cinta Tuhan. Tiadalah syariat itu disusun oleh Allah melainkan Dia hendak menjadikan syariat itu sebagai jalan untuk hamba-Nya itu berjalan kepada-Nya.
Perlu difahami bahawa asas agama ini adalah cinta. Cinta bukan bermakna bebas tanpa kawalan, tetapi di dalam kebebasan itu adanya kawalan agar kita mengharapkan setiap insan yang muslim khususnya dan Non Muslim amnya dapat menghirup kelazatan Islam itu hingga tiada lagi mahu berpaling daripada Islam yang sentiasa membawa mereka kepada ketenangan dan kegembiraan.
Justeru, bersyukurlah pada Allah kerana mengurniakan para Alim Ulama’ yang menanggung amanah ini dengan membawa dan menyebarkan agama Allah dengan penuh dahaga kepada kebersamaan walau mereka berselisih pendapat. Ini kerana perselisihan itulah yang dipanggil Rahmat. Manusia mempunyai perbezaan pada tahap kedudukan, kemampuan, kebolehan, adat budaya, bangsa dan juga cara hidup. Lantaran itu, percambahan mazhab dan pendapat akan membawa manusia kepada salaman ( keharmonian dan kedamaian ) .
Mari kita renung sejenak apakah permasalahan yang berkait dengan masalah korban ini :
ALLah SWT berfirman :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢
“ Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban ( sebagai tanda bersyukur ).
Daripada ayat ini, terdapat sebahagian ulama’ ( seperti mazhab Imam Abu Hanifah dari riwayat Imam Muhammad, Zufar dan salah satu dari riwayat Imam Abi Yusuf dan lain-lain) yang menghukumkan korban itu adalah wajib, kerana صَلِّ itu adalah kalimah perintah ( feel Amar ), maka perintah menunjuk di atas wajib . dan firman-Nya lagi:
وَٱلۡبُدۡنَ جَعَلۡنَٰهَا لَكُم مِّن شَعَٰٓئِرِ ٱللَّهِ لَكُمۡ فِيهَا خَيۡرٞۖ فَٱذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَيۡهَا صَوَآفَّۖ فَإِذَا وَجَبَتۡ جُنُوبُهَا فَكُلُواْ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡقَانِعَ وَٱلۡمُعۡتَرَّۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرۡنَٰهَا لَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ٣٦
Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya ketika terikat; maka apabila ia tumbang, makanlah sebahagian daripadanya, dan beri makanlah kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu supaya kamu bersyukur.
Rasulullah SAW bersabda lagi :
وعن ابن عباس – رضِي الله عنْهما – قَال: قال رسولُ الله – صلَّى الله عليه وسلَّم -: ((ما مِن أيَّامٍ، العَمَلُ الصَّالحُ فِيها أحَبُّ إلى اللهِ مِن هذِه الأيَّام)) يعني أيام العشر، قالوا: يا رسولَ اللهِ، ولا الجِهادُ في سَبيلِ اللهِ؟ قالَ: ((ولا الجِهادُ في سَبِيلِ اللهِ، إلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِه ومَالِه، فلمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيءٍ))؛ رواه البخاري.
“ Tiadalah hari-hari untuk melakukan amalan soleh yang dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini iaitu hari 10 Zulhijjah . Sahabat bertanya : Ya Rasulallah , adakah ia lebih utama dari jihad di jalan Allah ? Rasulullah bersabda : ia , ibadah ini terlebih mulia dari jihad di jalan Allah melainkan lelaki yang keluar dengan dirinya dan hartanya , dan dia tiada membawa pulang apa-apa pun dari dirinya dan hartanya (Syahid).
Wahai Saudaraku !!! Peluang untuk melaksanakan ibadah korban ini hanya setahun sekali. Amat rugilah bagi mereka yang dibentangkan amal yang membawanya kepada Cinta Tuhan , namun dia melepaskan ibadah korban ini dengan alasan kos Sara hidup terlalu tinggi hingga tidak mampu membayar untuk satu bahagian, misalnya satu bahagian itu berharga Rm650. Walaupun jumhur berpendapat ibadah ini hanya sunat muakkadah, ia bukan bermakna tiada peluang bagi kita untuk melaksanakan, tiadalah suatu tuntutan syarak itu melainkan padanya ada jalan untuk sampai padaNya.
Sebagaimana Nabi SAW bersabda :
“مَنْ كانَ لَهُ سَعَةٌ ولَمْ يُضَحِّ فلا يَقْرَبَنَّ مُصَلانا “
“Barangsiapa yang ada keluasan ( kemampuan ) untuk mengerjakan ibadah korban tetapi tidak melaksanakannya maka janganlah dia mendekati tempat solat kami”
Hadis ini menunjukkan bahawa Baginda Nabi dengan nada yang agak tegas menyatakan terhadap mereka yang tidak mengambil perhatian yang serius dalam ibadah ini. .
Maka bagi melaksanakan tuntutan ibadah yang besar ini, ulama’ telah berselisih faham di dalam beberapa masalah yang akan dibentangkan di sini agar membuka lagi ruang dan peluang untuk ummat Islam melaksanakan ibadah ini demi cinta Ilahi.
Asas di dalam agama itu adalah salaman atau rahmatan lil alamin. Maka apa sahaja pendapat yang membawa kepada kedamaian dan kegembiran ummat manusia sewajarnya dilakukan dan diamalkan kerana sebuah cinta.
Perhatian diberikan kepada masalah-masalah ini :
- Jenis Binatang Korban
- Perkongsian Binatang
- Agihan Korban Kepada Bukan Muslim
- Cara Perlaksanan Ibadah Korban
- Ibadah Korban Untuk Arwah
Jenis-Jenis Binatang Korban
Antara binatang-binatang yang boleh digunakan untuk ibadah korban ini adalah binatang ternakan yang berkaki empat seperti :
- Unta
- Lembu
- Kambing janggut atau kambing biri-biri
- Kerbau
Samada jantan atau betina.
Sebaik-baik binatang untuk dikorbankan adalah binatang yang besar saiznya, banyak isinya, bagus dirinya iaitu seekor binatang yang tinggi harganya lebih utama dari murah harganya dan kurang berkualiti ( sikit dagingnya ).
Namun begitu terdapat juga pendapat dari Ibnu Hizam, beliau mengatakan didalam kitabnya Al Muhalla :
قال ابن حزم رحمه الله في المحلى : (( والأضحية جائزة بكل حيوان يؤكل لحمه ؛ من ذي أربع ، أو طائر ؛ كالفرس والإبل وبقر الوحش والديك وسائر الطير والحيوان الحلال أكله .
والأفضل في كل ذلك ما طاب لحمه وكثر وغلا ثمنه .
“ Ibadah Korban itu harus untuk setiap binatang yang boleh di makan dagingnya ; sama ada daripada binatang yang berkaki empat atau yang jenis burung seperti kuda, unta ,lembu liar, ayam dan sekalian burung dan binatang yang halal memakannya, dan yang paling afdhal daripada binatang tersebut adalah yang bagus dagingnya dan banyak isinya serta mahal harganya .6/29
Beliau mengambil dalil dari perbuatan Saidina Bilal dan Ibnu Abbas Radiallahu Anhum.
Dalil perbuatan Saidina BIilal t “
وأما أثر بلال فقد أخرجه عبدالرزاق في المصنف (4/385) ح (8156) من طريق الثوري عن عمران بن مسلم عن سويد بن غفلة قال : سمعت بلالاً يقول : ( ما أبالي لو ضحَّيت بديك ، ولأنْ أتصدق بثمنها على يتيم أو مغبر أحب إليَّ من أن أضحي بها.
Suwaid Ibnu Ghaflah berkata : Aku mendengar Bilal berkata : “ Aku tidak peduli kalau aku berkorban dengan ayam, dan bahawa bersedekah dengan harganya keatas anak yatim atau pedagang itu tiadalah yang paling aku suka melainkan melakukan korban dengan ayam itu.
Dalil perbuatan Ibnu Abbas RadiaLLahu Anhuma .
أما أثر ابن عباس فقد أخرجه عبدالرزاق في المصنف (4/382) ح (8146) من طريق الثوري عن أبي معشر ، ومن طريق أبي معشر عن رجل مولى لابن عباس قال : أرسلني ابن عباس أشتري له لحماً بدرهمين وقال : (هذه ضحية ابن عباس)
Hamba kepada Ibnu Abbas berkata : Ibnu Abbas telah mengutus aku pergi membeli untuknya daging dengan harga dua dirham dan dia berkata “ini adalah korbannya Ibnu Abbas “.
Tiadalah tujuan dibawa akan pendapat-pendapat yang terpencil ini untuk membawa masyarakat meninggalkan korban dengan lembu atau kambing, tetapi di sana terdapat suatu noktah yang penting untuk di fahami. Tiada alasan bagi kita untuk mengatakan saya tidak berkorban tahun inisedangkan kita boleh melakukannya dengan serendah binatang korban walau dengan harganya Rm15.00 sahaja sekiranya kita tidak mampu untuk lakukan yang lebih baik.
Tetapi sekiranya kita mampu untuk melaksanakan korban yang lebih baik mutunya kerana kita mampu untuk mendapatkannya, maka tiadalah keutamaan kita untuk berpegang dengan pendapat ini . Perkara paling penting ialah apakah jalan yang kita cari untuk melakukan kebaikan sedangkan Allah I tidak pernah menghadkan kepada kita bentuk2 kebaikan itu kerana bertaqarrub kepada Allah itu dengan apa jalan sekali pun ia adalah amalan yang mulia sebagaimana firman-Nya :
وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ۩ ٧٧
Hendaklah kamu melakukan kebaikan ,mudah-mudahan kamu akan mendapat kejayaan nanti.
Mendekatkan diri kepada Allah (dengan sesuatu yang tiada nas larangannya dari Al Quran dan Hadis) maka dia adalah perkara baik dan mulia. Ini kerana jika larangan itu datangnya daripada Al Quran, maka ia adalah larangan yang Hak. Akan tetapi sekiranya larangan itu datang dari Baginda SAW adakala untuk menguatkan larangan ALLAH I atau larangan itu bukan bersifat Zati ( tetap) tetapi larangan itu bersifat mendatang iaitu bersebab.
“Sekiranya tiada larangan yang jelas dari Al Quran dan Hadis maka ia jatuh hukum harus”.
Jika sekiranya kita tidak mampu nak mengeluarkan Rm650 untuk 1 bahagian lembu , maka kita ada jalan juga untuk menzahirkan cinta kita pada Allah dengan mengorbankan yang lebih rendah seperti binatang-binatang yang telah di sebutkan tadi.
Perkongsian Haiwan Korban
Ia merupakan masalah dalam kalangan ulama’ berselisih faham kerana terdapat beberapa pendapat yang akan kami utarakan :
- Haiwan korban boleh berkongsi kepada 7 bahagianuntuk unta, lembu, kerbau dan tidak boleh dikongsi sekiranya haiwan itu kambing. Ini adalah pandangan Imam kita , Imam Syafie , Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Imam Daud Azzohiri dan ramai lagi . Ini adalah pendapat yang diguna pakai di Malaysia dan kebanyakan di negara-negara lain.
- Boleh berkongsi kambing 3 bahagian dan unta 10 bahagian. Pandangan ini daripada Al Hadawiah dari Mazhab Imam Zaidiah.
- Lembu boleh berkongsi 10 bahagian. Pandangan ini daripada Abu Ishak Al Marwizi.
- Lembu boleh berkongsi 70 bahagian serta ada keuzuran. Ia merupakan pendapat Mazhab Imam Ja’far As Shodiq.
- Unta boleh berkongsi 10 bahagiandan lembu juga 10 bahagian . Ia adalah pendapat Said Ibni Musayyib dan Ishak Ibni Rohawaih.
- Disisi Imam Malik tiada boleh berkongsi jikalau korban itu korban wajibtetapi sekiranya korban itu korban sunat adalah diharuskan.
Berkata Imam Ibnu Hizam didalam Kitabnya Al Muhalla, harus berkongsi satu korban kepada seberapa ramai pun sama ada daripada satu keluarga atau lain-lain ( seperti seekor lembu berkongsi 30 orang) , dan juga harus seorang itu dia berkorban untuk beberapa bilangan yang dikehendaki, sebagaimana Rasulullah r pernah berkorban satu ekor untuk dirinya dan satu ekor untuk ummatnya seperti mana yang terdapat didalam sunan Abi Daud :
عن جابر بن عبد الله قال شهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم الأضحى بالمصلى فلما قضى خطبته نزل من منبره وأتي بكبش فذبحه رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده وقال بسم الله والله أكبر هذا عني وعمن لم يضح من أمتي.
“ Setelah Rasulullah r selesai dari khutbahnya dan turun dari mimbar maka dibawa datang dengan seekor kambing kibash, lalu Baginda menyembelihnya dengan tangan Baginda yang mulia, dan baginda membaca;
بسم الله والله أكبر
Lalu berkata,Ini korban untuk ku dan mereka yang tidak pernah berkorban dalam kalangan ummatku”
Beliau mengguatkan hujjahnya dengan berkata :
“kerana tiada terdapat suatu nas yang melarang untuk berkongsi lebih, kerana korban itu adalah perbuatan baik, maka memperbanyakkan kebaikan itu adalah sesuatu yang mulia”.
Berkata oleh Imam Abu Muhammad ; hujjah kenyataan ini adalah daripada perbuatan Rasulullah r. Baginda tidak pernah melarang untuk berkongsi pada amalan sunat yang baik lebih dari 10 bahagian, bahkan Rasulullah r yang cinta kepada kebaikan dan salaman berkongsi korban untuk sekalian ummatnya dan juga tiada larangan yang khusus dari Al Quranul Karim, bahkan Ulama’ menggunakan ayat ini untuk berhujjah melakukan kebaikan tanpa had .
وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ۩ ٧٧
Hendaklah kamu melakukan kebaikan ,mudah-mudahan kamu akan mendapat kejayaan nanti.
Apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh ummat sama ada yang melaksanakan ibadah korban walau dengan seminima yang mampu dan juga kepada saudara-saudara kita yang berhajat kepada daging korban yang mungkin mereka hanya merasai daging korban setahun sekali sahaja?
Mengikut penilaian yang kita buat, korban ini kalau di bandar-bandar atau di pekan-pekan selalunya mencecah bilangan yang agak besar. 20 ekor, 30 ekor dan sebagainya. Akan tetapi berlaku situasi yang berbeza di kampung-kampung walau penduduknya 3000 orang, baru 2 ekor sahaja lembu yang dapat dikorbankan dengan alasan lembu mahal dan tak mampu membayar untuk satu bahagian yang berharga RM650.
Maka dalam situasi begini, pendapat Ibnu Hazm ini sangat membantu Ummat Islam melakukan amal Ibadah yang paling Allah cinta pada 10 Zulhijjah dan hari2 tasyriq dengan caruman atau perkongsian Rm50 atau RM100.
—————————————————————————————————————————————–
Jom kita hitung perkiraan di bawah! :
3000 orang penduduk kampung mengeluarkan RM100.
Maka jumlah terkumpul Rm300,000.00 dibahagikan dengan Rm4500 untuk seekor lembu, akan perolehi 66 ekor lembu.
Bermakna satu ekor berkongsi 45 orang sahaja !!!
Cinta tuhan dapat , daging pun dapat dan secara tidak langsung kita membantu ekonomi penternak lembu-lembu dikalangan kita juga. Justeru, apa sahaja qaul atau pandangan yang membawa kamu kepada kebaikan maka ia baik dan hasan.
Apatah lagi sekarang ini, korban bukan hanya kita lakukan untuk Rakyat Malaysia tetapi untuk jiran-jiran kita yang berada di selatan Filipina (Marawi) , Pattani, Kemboja, Vietnam, Rohingnya dan banyak lagi tempat-tempat muslim yang memerlukan .
Perkongsian kita RM100 sudah membuatkan Rasulullah bergembira melihat ummatnya yang tidak hanya berpeluk tubuh tetapi menyebarkan intipati Islam iaitu Cinta @ Salaman untuk seluruh bani adam.
Pada mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut, bolehlah hubungi wakil kami :
Pn Mariah @ 013 – 434 8262
Ustz Idris @ 016 – 289 8769
Penyertaan atau sumbagan juga boleh dibuat terus ke akaun Maybank HaRUM 5624 7814 6397