
Program Agihan Nasi Sempena Maulidur Rasul
500 Nasi Maulid Diagihkan Sekitar Subang U5
Alhamdulillah, bersempena Maulidur Rasul 1447H, 5 september 2025 semalam, NGO HaRUM dengan kerjasama & tajaan daripada My Coffee Shop, Kelab Al Aman dan Dana AnNasrr telah berjaya mengagihkan 500 pek nasi Maulid kepada masyarakat sekitar Subang U5.
Agihan ini dilakukan secara rawak kepada pekerja harian, pakcik makcik, warga emas, malah anak muda yang ditemui. Senyuman mereka bila menerima pek makanan ini adalah bukti bahawa kebaikan, walau kecil, tetap bermakna besar.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan buat semua penyumbang, penaja dan sukarelawan yang terlibat. Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan program ini.



