Untuk pertanyaan yang tidak ditujukan dalam Soalan Lazim, sila hubungi kami melalui borang dalam talian kami atau melalui e-mel kepada admin@harum.org.my.
Pertanyaan Umum
Bolehkah saya mendermakan barangan seperti pakaian dan lain-lain yang berkenaan?
Ya, kami menerima apa-apa jenis sumbangan tetapi kami menggalakkan sumbangan secara tunai kerana untuk mengelakkan sebarang kos penghantaran barangan dan kos penyimpanan yang besar di lokasi bencana.
Harum Malaysia dapat membeli bekalan di kawasan tempatan atau lebih dekat dengan kawasan yang terjejas. Ini untuk memastikan sumbangan daripada orang awam disalurkan kepada orang yang paling memerlukannya, dan tidak digunakan untuk menampung kos yang tidak perlu.
Saya tidak memegang apa-apa akaun bank Malaysia, bolehkah saya?
Kami mengalu-alukan sumbangan dari semua negara.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank Malaysia, anda boleh memilih untuk menderma dengan menggunakan kad kredit. Sila ambil perhatian bahawa anda akan dicaj mengikut pada kadar mata wang semasa yang ditetapkan oleh syarikat kad kredit anda.
Apakah mata wang yang digunakan?
Semua urus niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) tetapi jika anda bukan rakyat Malaysia, anda akan dikenakan bayaran mengikut kadar mata wang pada kadar semasa yang ditetapkan oleh syarikat kad kredit anda.
Adakah jumlah sumbangan minimum atau maksimum dalam pemindahan dalam talian?
Tidak ada jumlah minimum atau maksimum dalam pemindahan melalui pembayaran dalam talian kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa had maksimum bagi setiap transaksi akan dikenakan oleh kad kredit anda, atau oleh institusi kewangan anda.
Kaedah Pembayaran
Bagaimanakah cara untuk saya menderma?
Terdapat beberapa pilihan pembayaran:
Perbankan Dalam Talian (pemindahan terus)
Payment Gateway (Kad Kredit/Pembayaran FPX)
CEK
Adakah HaRUM menerima CEK?
Ya, kami menerima cek yang dibayar kepada Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara. Anda boleh menghantar cek kepada kami menggunakan alamat kami, atau terus masuk ke akaun kami seperti yang dinyatakan di atas.
Bolehkah saya menggunakan kad kredit atau kad debit saya untuk derma dalam talian?
Ya, senangPay akan menerima apa-apa transaksi selagi kad mempunyai logo Visa atau MasterCard.
Adakah saya perlu membayar sebarang fee untuk transaksi?
Tidak, semua yuran transaksi tertakhluk pada caj bank dan syarikat anda.
Keselamatan & Teknikal
Adakah selamat maklumat jika saya menggunakan kad kredit ?
HaRUM tidak menyimpan sebarang maklumat kredit kad anda.
Semua pembayaran diuruskan oleh senangPay. senangPay menggunakan SSL(Secure Socket Layer) untuk setiap transaksi. Disamping itu, senangPay tidak menyimpan sebarang maklumat yang sensitif seperti kad kredit/debit kad. Setiap transaksi kredit/debit/perbankan internet mesti menggunakan 3D-Secure dimana kod 6-Digit akan dihantar melalui sms ke telepon bimbit untuk pengesahan. senangPay juga mempunyai sistem dalaman “pengesanan Fraud’.
Bagi pihak kami, halaman sumbangan kami dihoskan pada pada server yang selamat untuk memastikan integriti data dan keselamatan urus niaga anda.
Bolehkah saya mempercayai senangPay?
Ya, senangPay adalah servis Online Payment Gateway yang di jalankan oleh syarikat yang berdaftar. Sila layari website syarikat ini.
Adakah senangPay berdaftar dengan Bank Negara?
Ya,senangPay telah berdaftar dengan Bank Negara. Sila ke Laman web Bank Negara untuk pengesahan.
Apakah 'acquiring ' bank bagi SenangPay
“Acquiring” bank untuk senangPay adalah BANK ISLAM MALAYSIA. Sila hubungi BANK ISLAM untuk maklumat lanjut.
Mengapa pada penyata kad kredit bertulis "senangPay.my"?
Semua pembayaran diproses oleh senangPay, maka setiap transaksi akan ditulis pada penyata sebagai “senangPay.my” atau Simple Gateway Sdn Bhd.
Resit Pengecualian Cukai (Malaysia)
Adakah sumbangan saya mendapat pelepasan cukai?
Tidak, sumbangan anda tidak mendapat pelepasan cukai.