
Back To School 2025
Alhamdulillah, hari ini satu lagi langkah kasih telah terlakar! Team HaRUM turun padang dalam Ziarah Santunan Kasih HaRUM (Back To School 2025), menyantuni 26 buah keluarga menyampaikan bantuan pakaian dan keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka. Ziarah ini turut melibatkan para guru, ketua komuniti setempat, ketua blok kediaman, serta wakil persatuan penduduk yang bersama-sama menzahirkan keprihatinan terhadap keluarga yang disantuni.
Ziarah ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga mendengar luahan hati, memberikan motivasi, dan berkongsi ikhtiar spiritual dengan mengamalkan Selawat Jibril sebagai jalan mendapatkan ketenangan jiwa dalam menghadapi ujian hidup. Setiap rumah yang diziarahi turut dihadiahkan majlis selawat yang penuh keberkatan.
Lebih daripada itu, kali ini kami memperkenalkan Program Santunan Kasih HaRUM – satu inisiatif khas untuk memastikan kesinambungan bantuan dan bimbingan kepada keluarga-keluarga ini. InshaAllah, mereka akan terus menerima sokongan dalam bentuk sesi bimbingan, majlis ilmu, dan program komuniti yang akan datang.
Keluarga Angkat HaRUM




Alhamdulillah, ketua komuniti di beberapa kawasan menzahirkan rasa syukur dan berharap agar amalan selawat ini dapat diterapkan dalam aktiviti komuniti mereka. Kami di HaRUM percaya, dengan keberkatan selawat, hati menjadi tenang, masyarakat lebih bersatu, dan rezeki semakin diberkati.