skip to Main Content
Bantuan Pakaian Terpakai

Bantuan Pakaian Terpakai

Misi Bantuan Banjir diteruskan bersama Komuniti U5. Kami teruja dan gembira dengan penglibatan yang sangat menggalakkan dari warga Komuniti Subang U5 di Surau Al Razi semalam. Meriah dari awal jam 9 pagi sehingga jam 2 petang tak putus-putus mereka datang menyumbangkan pakaian untuk mangsa banjir.

Jumlah pakaian yang sangat banyak diluar jangkaan kami. Syukur yang tidak terhingga apabila beberapa ahli kariah surau dan 15 orang sukarelawan lagi dari kalangan penduduk setempat membantu team HaRUM untuk kerja pengasingan dan membungkus pakaian mengikut jantina, saiz dan umur.

Sukarelawan dari Kubu Gajah Outdoor (KGO) hadir bersama 6 buah 4×4 untuk membantu mengagihkan pakaian. Bantuan pakaian sumbangan orang ramai semalam telah dihantar ke Lokasi Misi Parit Mahang Ijok, PPS Sekolah Parit Mahang dan PPS Sekolah Bukit Kuching.

Selesai di Ijok kami terus ke HQ Misi Rakyat di Puncak Alam menyerahkan pakaian di sana untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir.

 

Back To Top