HaRUM bergantung sepenuhnya kepada tajaan dan sumbangan dari organisasi dan individu untuk meneruskan perkhidmatan kami bagi menyediakan bantuan kemanusian. Sumbangan anda mampu merubah kehidupan seseorang, tidak kira besar atau kecil jumlah yang diberikan, ia mampu memberi kegembiraan kepada penerima.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +6013-679 7115 atau e-mail kepada admin@harum.org.my
PEMINDAHAN TERUS
Sumbangan boleh di lakukan dengan pemindahan terus ke akaun Maybank HaRUM 5624 7814 6397.
DEBIT AUTO
HaRUM sangat mengharapkan sumbangan secara bulanan melalui debit auto yang boleh ditetapkan melalui perbankan atas talian. Panduan video untuk penetapan seperti di atas.
Sebagai sebahagian daripada rangka kerja akaun, kami mematuhi prinsip ketelusan yang diaudit setiap tahun dan kami bertanggungjawab kepada penderma dan penerima kami.
Dana yang diterima disalurkan dalam pelbagai cara dalam misi kami:
- Bantuan Kemanusian dan Pemulihan untuk menyediakan keperluan asas kehidupan bagi meneruskan kehidupan sama ada semasa peringkat awal atau ketika komuniti sedang membina semuka kehidupan mereka.
- Bantuan Bencana Alam atau Kemusnahan Kebakaran bagi mangsa yang terlibat dalam bencana.
- Projek Pendidikan menyediakan tempat atau sekolah bagi kanak-kanak yang tidak berkemampuan.
- Pembinaan Semula atau Pembangunan di kawasan-kawasan yang terpalit dengan konflik dari sudut pembangunan ekonomi,perumahan dan pendidikan.
- Pembangunan Air Bersih untuk kegunaan komuniti yang tidak mempunyai akses pada air yang bersih secara percuma dan selamat.
- Bantuan Kewangan bagi pembangunan sekolah madrasah yang tidak mempunyai sebarang sumber dana atau tajaan.