skip to Main Content
dana-pendidikan-komuniti-u5

Pada masa kini terdapat keluarga yang berdepan dengan kekangan untuk menyediakan alat bantuan pembelajaran PDPR iaitu keperluan peranti. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan tiada anak-anak yang dinafikan peluang mereka untuk menerima pendidikan yang baik seperti anak-anak yang lain. HaRUM telah pun menerima data pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan daripada sekolah-sekolah di sekitar Seksyen U5 Subang untuk menyediakan sekurang-kurangnya sebuah tablet untuk sesi PDPR.

Oleh itu, HaRUM terpanggil untuk mengaktifkan “PROJEK SUMBANGAN TABLET PDPR” dengan membuka peluang untuk menyumbang bersama-sama. Sasaran sebanyak RM 35,000 untuk 50 set peranti diperlukan bagi fasa yang pertama ini dan dibuka sebanyak 700 lot bernilai RM50 setiap lot.

Projek ini adalah sebahagian daripada usahasama didalam komuniti untuk menyediakan peluang pendidikan yang terbaik untuk masa hadapan anak-anak negara ini.

Dana Pendidikan Komuniti U5

RM0 of RM35,000 raised
RM

Custom Amount

Personal Info

Donation Total: RM10.00

Back To Top