๐๐ข๐ ๐ ๐๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ช๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ: ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ง๐๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก, ๐ ๐๐ก๐ฌ๐จ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐๐ก๐
“Menjunjung Islam agama nan mulia, menjinjing kasih adat dan budaya.”
Pagi semalam, Ahad 9 Februari 2025 , di Pejabat HaRUM, Subang Bestari, berlangsungnya Program Jom Masuk Jawi โ satu inisiatif sulung di bawah Back to School 2025 dengan kerjasama penduduk komuniti setempat, ketua kampung Kg. Melayu Subang, Pasukan Sukarela Bomba Saujana Utama, Kumpulan Kompang Kg. Baru Kundang (KBK) dan juga rakan Ngo Sahabat Serantau. Program ini bukan sekadar meraikan anak-anak menjalani ibadah berkhatan, tetapi juga usaha mengangkat semula tradisi Melayu yang sarat dengan makna.
Dari awal pagi, suasana di lokasi sudah terasa meriah. Ibu bapa hadir bersama anak-anak, disambut mesra oleh pasukan sukarelawan HaRUM dan komuniti setempat. Diserikan dengan kehadiran ADUN Kota Damansara, YB Tuan Muhammad Izuan serta Tuan Haji Mohd Salim bin Abd Rahman, Pengerusi MPKK Kampung Melayu Subang.
๐๐๐ข๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐ง๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐ข ๐
๐ค๐ข ๐๐๐จ๐ช๐ ๐
๐๐ฌ๐
Seperti adat Melayu yang penuh makna, program ini disusun dengan elemen simbolik bagi menghidupkan roh warisan dan nilai Islam dalam kehidupan anak-anak:

Siraman Air โ Melambangkan ‘tazkiyatun nafs’ penyucian diri zahir dan batin serta menandakan lembaran baharu dalam kehidupan anak-anak yang bakal berkhatan.

Gerbang Kain Pelikat โ Melangkah melalui gerbang kain pelikat melambangkan perubahan dari kanak-kanak ke alam dewasa. Tanda penerimaan tanggungjawab, keberkatan, dan jati diri seorang lelaki Melayu.

Pemberian Daun Sirih & Bunga Rampai โ Amanah & Restu Ibu Bapa
Daun sirih melambangkan keberanian dan amanah, manakala taburan bunga rampai oleh ibu bapa sebagai tanda doa dan restu untuk perjalanan anak mereka.

Perarakan diiringi selawat & kompang โ Diiringi paluan kompang dan selawat, perarakan ini melambangkan perjalanan seorang Muslim yang berpaut pada agama, diperkukuh dengan adat dan budaya. Menghidupkan sunnah dalam suasana penuh kasih sayang.

Dulang Sirih Junjung & Kain Pelikat โ Simbol Kesederhanaan & Agama
Kain pelikat melambangkan kesederhanaan dan jati diri lelaki Melayu, manakala sirih junjung membawa maksud menjunjung agama bersulam adat serta nilai akhlak terpuji
Acara dimulakan dengan bacaan hadis Rasulullah SAW mengenai berkhatan, diikuti dengan Majlis Selawat Jibril beramai-ramai, doa munajat. Disusuli ucapan oleh wakil HaRUM, Encik Fadhli selaku Pengarah Projek. Tayangan montaj perjalanan aktiviti HaRUM turut dipersembahkan sebelum perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Izuan dengan simbolik siraman air oleh pasukan bomba.
Bagi anak-anak yang menyertai program ini, detik paling mendebarkan ialah sebelum berkhatan, tetapi suasana yang penuh kemeriahan dan tradisi membuatkan mereka lebih tenang dan teruja.
“Seronok mandi air bomba dengan masuk gerbang kain pelikat, macam pengantin!” kata seorang peserta sambil tersenyum.
Seorang bapa pula berkongsi rasa syukur, “Alhamdulillah, kalau ikutkan kos berkhatan sekarang agak tinggi, tapi dengan bantuan HaRUM dan penyumbang, anak saya dapat menjalani berkhatan dalam suasana yang meriah dan bermakna.”
Sokongan dari Pemimpin & Komuniti
Ketua Kampung Kg. Melayu Subang, Tuan Haji Mohd Salim, menyatakan kesyukuran kerana dapat turut membantu anak-anak asnaf dalam program ini.
Sementara itu, YB Tuan Izuan melahirkan komitmennya untuk terus bekerjasama dalam program kebajikan dan memperluaskan manfaat kepada masyarakat, termasuk inisiatif Pasar Komuniti yang menyediakan barangan asas pada harga subsidi untuk asnaf dan B40.
๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ป๐๐ฎ: ๐ญ๐ถ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต ๐๐ฎ๐ฐ๐ธ ๐๐ผ ๐ฆ๐ฐ๐ต๐ผ๐ผ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Perjalanan kebajikan belum berakhir. Pada hari Selasa ini, HaRUM akan meneruskan misi Ziarah Kasih Back to School 2025, di mana sumbangan persekolahan akan disampaikan kepada 30 keluarga asnaf dan B40.
Kami amat berterima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan, dan komuniti yang telah menjayakan Jom Masuk Jawi 2025. Setiap ringgit yang anda sumbangkan bukan sekadar membantu kanak-kanak ini berkhatan, tetapi juga menghidupkan tradisi dan menyuburkan kasih sayang dalam masyarakat.
Teruskan menyokong usaha kebajikan ini. Semoga segala kebaikan ini menjadi asbab keberkatan dan pahala yang berkekalan.
HaRUM โ Menyantuni Umat, Menyubur Kasih Sayang



(Link ke FB)
(Video)