Demi Allah, kami tidak dapat menahan air mata.
Baru-baru ini kami ziarah ke rumah Puan Karlinah berumur 51 tahun yang hidup sebatang kara dan mengalami penyakit kencing manis dan strok separa badan.
Masuk sahaja ke rumah Puan Karlinah…Ya Allah..kami tidak dapat bayangkan bagaimana setiap hari dia menguruskan makan, minum, pakaian dan urusan harian yang lain. Bila ditanya, katanya syukur ada jiran yang membantu beri makanan dan membantu setiap kali nak ke tandas.
Bertambah sedih lagi apabila kami mendapat tahu suami Puan Karlinah baru sahaja meninggal dunia 2 bulan yang lepas.
Realiti yang kita terlepas pandang diwaktu sekarang ini ialah ramai yang menerima nasib seperti Puan Karlinah, namun mereka diam didalam kepayahan yang sedang dihadapi.
Dengan sebab ini kami merayu masyarakat di luar sana sama ada secara langsung atau tidak langsung menghulurkan bantuan & berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan dengan menyumbang terus ke akaun :
“TABUNG PRIHATIN HaRUM”
Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara 5624-7814-6397 (Maybank)
Ref: Prihatin Harum
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pautan berikut :
#DermaKilat
#KempenPrihatinHaRUM