
Majlis Selawat dan Munajat
Ahad, 17 Ogos 2025 – HaRUM telah menganjurkan sebuah program komuniti “Majlis Selawat & Munajat #KeadilanBuatZara” bertempat di Apartment Lestari, Damansara Damai. Program telah dihadiri seramai 50 orang ibu-ibu sekitar komuniti setempat dan program ini juga mendapat kerjasama daripada NGO Eco Free Market (EFM).
Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat & doa munajat khas buat Allahyarham adik Zara oleh Cik Siti. Diteruskan dengan slot perkongsian daripada Cikgu Bet yang bertajuk “Peranan Ibu Sebagai Tonggak Pembentukan Generasi”, beliau menekankan pentingnya peranan ibu dalam mendidik anak-anak dengan kasih sayang (Mahabbah) dengan amalan bacaan Selawat di rumah yang dapat melembutkan hati anak-anak dan mendorong sifat penyayang kepada setiap hati anak-anak.
Seterusnya slot pengenalan “Rumah Cahaya” dikongsikan oleh Puan Fifi iaitu satu konsep setiap rumah mengamalkan bacaan Selawat di kalangan ahli keluarga yang akan membentuk seperti madrasah kecil bagi setiap rumah & ianya diluaskan lagi konsep ini kepada kalangan jiran & komuniti.
Majlis diakhiri dengan sumbangan sebanyak 200 pek makanan kepada peserta & komuniti setempat. Alhamdulillah dari program yang dijalankan kami mendapat maklum balas yang baik daripada pihak komuniti & NGO EFM bagi susulan program akan datang inshaAllah.
Sekian.

