Medical and Dental Awareness Camp 2018
Apa Nasib Mereka?
Pada April 2016, HaRUM dengan kerjasama TV Al-Hijrah melalui slot Majalah Islam telah menayangkan dokumentari tentang etnik Bajau Laut di Pantai Timur Sabah.
Klik Link untuk menonton: https://www.youtube.com/watch?v=304lxf8fMN4
Sekali lagi pada tahun ini, atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang, Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara – Sabah (HaRUM Sabah) bersama Kelab Belia Tinagayan (KeBAT) dan MediCOM membawa misi salaman pada masyarakat ini dengan menganjurkan ‘Medical and Dental Awareness Camp 2018’ pada 5 hingga 8 April 2018.
Objektif utama misi kemanusiaan kali ini adalah untuk memberikan bantuan khususnya kepada golongan kanak-kanak Bajau Laut yang sukar mendapatkan rawatan kesihatan di hospital dan klinik di samping memberikan sumbangan pakaian dan makanan kepada komuniti Bajau Laut di Pulau Omadal dan Bohey Boal, Semporna, Sabah.
Dengan ini, kami memerlukan bantuan anda bagi menjayakan program ini dengan mengalu-alukan sumbangan dari individu dan juga badan korporat dalam menjayakan misi kasih sayang ini.
Sumbangan anda adalah kegembiraan buat mereka, segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
Maybank Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara:
5624 7814 6397
Rujukan: Madac2018
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan anda semua.
*Segala transaksi sumbangan layak mendapat Pelepasan Cukai dibawah sub-seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967