skip to Main Content

Ingin menunaikan ibadah korban tetapi bimbang dengan kos yang tinggi?  Jangan risau.. HaRUM menawarkan Program Korban dengan empat pilihan fleksibel yang sesuai dengan kemampuan anda:

  1. Pembelian Satu Bahagian
    • Bayaran: RM650
    • Anda menyumbang satu bahagian penuh untuk ibadah korban.

  2. Bayaran 5 Kali Ansuran
    • Bayaran: RM130
    • Membolehkan anda membayar secara ansuran selama lima kali untuk satu bahagian korban.

  3. Pelan 3 Kali Ansuran
    • Bayaran Bulanan: RM200 (dua kali) & RM250 (terakhir)
    • Pilihan ini membolehkan anda menyelesaikan bayaran dalam tiga kali sebelum tamat tarikh penyertaan.

  4. Kongsi Bahagian (Sedekah Korban)
    • Sumbangan: RM50 bagi setiap nama
    • Pilihan ini sesuai untuk mereka yang tidak mampu membayar satu bahagian penuh. Anda boleh berkongsi dengan 13 nama lain (13 nama x rm50 = rm 650) untuk melengkapkan satu bahagian dan memperolehi pahala korban.
    • Rujukan hukum kongsi bahagian daripada MuftiWP. Klik Di Sini

Dengan pelbagai pilihan ini, anda dapat:

✅ Merealisasikan niat suci berkorban

✅ Meringankan beban kewangan

✅ Berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan

Pendaftaran kini dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program korban yang mudah dan mampu milik ini.

Daftar Sekarang dan sebarkan kebaikan bersama HaRUM. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi kami di talian 013-6797115



Selama lebih 10 tahun, HaRUM telah komited dalam melaksanakan ibadah korban di Malaysia dan juga beberapa negara seperti di Thailand, Indonesia, Kemboja, Filipina, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, Afghanistan, Pakistan, Yemen, dan Afrika Selatan dengan matlamat utama untuk memastikan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan ibadah korban dan juga berusaha agar lebih banyak daging korban dapat diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin yang jarang sekali menikmati hidangan daging, bahkan setahun sekali pun sukar untuk mereka merasainya.

 

Fokus kami adalah di penempatan orang susah, memastikan mereka yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat daripada ibadah ini. Bayangkan kegembiraan di wajah mereka ketika menerima bungkusan daging korban. Ayuh sertai Qurban Kasih HaRUM 2025 untuk menunaikan ibadah dan membawa kegembiraan kepada mereka yang menjadi pintu kecintaan Allah dan Rasul.

Back To Top