Qurban Komuniti HaRUM 2022
Isnin 11 Julai 2022 – Mengambil ibrah dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, HaRUM dengan kerjasama Yayasan Al Aman, Muafakat Komuniti U5, pihak Masjid Nurul Amin Merbau Sempak dan masyarakat setempat telah mengadakan program Majlis Korban Dan Sumbangan Daging Korban yang telah diagihkan kepada 100 orang penerima terdiri daripada kalangan yang kurang berkemampuan.
Pada program kali ini, selain daging korban penerima juga mendapat sumbangan barangan keperluan asas memandangkan harga barang-barang tersebut yang semakin meningkat. Yayasan Al Aman menyumbangkan beberapa barangan seperti beras, minyak, gula, garam, bawang serta beberapa lagi item keperluan asas.
Terima kasih kami ucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan program korban pada tahun ini.