
WAKAF KASIH RAMADHAN
#WAKAFKASIHRAMADHAN
#SEBARKANSEBELUMBACA
Salam Ramadhan 🌹
Seperti sedia maklum, April yang lalu HaRUM telah melancarkan Projek Wakaf Kasih Nusantara 2018 dan Syukur Alhamdulillah diatas sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia yang sangat perihatin penghantaran fasa yang pertama akan dilaksanakan pada 28Mei2018 ini oleh team HaRUM sendiri.
Bagi Fasa Pertama sebanyak 800 Iqra, 400 Al-quran dan 200 Sejadah wakaf berjaya dikumpul.
Di atas permintaan dan cadangan yang kami terima dari pelbagai pihak, HaRUM akan meneruskan Projek Wakaf ini sepanjang Ramadhan kali ini.
WAKAF KASIH RAMADHAN 2018 ini bertujuan khusus untuk mengumpul sumbangan seperti AlQuran, Iqra, Sejadah, dan Sumbangan Dana Pendidikan yang akan disalurkan kebeberapa lokasi yang memerlukan khusus buat penduduk islam di Mindanao, Selatan Filipina yang sukar untuk mendapatkan barang-barang keperluan ini disana.
Kami dipihak HaRUM mengharapkan sumbangan dan juga kerjasama dari anda untuk menyebarkan maklumat ini.
Semoga usaha kita bersama dibulan Ramadhan yang mulia ini menjadi asbab kita mendapat Cinta Dan KeredhaanNya.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
En Abu- 019 3038606
En Naim- 018 919 4809
En Akmal- 018 916 4336
Cik Aireen- 012 336 1701