skip to Main Content
Bantuan Makanan Asas PKP Fasa Ke-2

Bantuan Makanan Asas PKP Fasa Ke-2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua rakyat Malaysia.

Kita semua sedia maklum Malaysia kini sedang menjalani PKP fasa ke-2 bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Alhamdulillah kami di NGO HaRUM amat bersyukur atas kebenaran & kepercayaan yang diberikan oleh pihak berkuasa (Jabatan Kebajikan Masyarakat) berganding bahu membantu dan menyerahkan bantuan-bantuan Keperluan Makanan Asas bagi keluarga yang terjejas dan dalam kesempitan buat masa ini. Fokus kawasan adalah sekitar Lembah Klang. Setakat hari ini sahaja kami telah menyerahkan bantuan makanan keperluan asas kepada 417 buah keluarga yang terjejas semasa sepanjang PKP berlangsung.

Hari ini usaha kami seperti hari-hari sebelumnya dapat menyampaikan bantuan kepada 20 buah keluarga pelbagai bangsa meliputi kawasan sekitar Seksyen U5 dan Kota Damansara. Sempat kami bertanyakan tentang masalah yang dihadapi, kebanyakannya ketua keluarga yang bekerja mengambil upah harian dan hanya ketua keluarga sahaja yang bekerja seperti pemandu teksi, pemandu lori, peniaga kecil dan sebagainya. Diwaktu PKP sedang berjalan mereka tidak dapat keluar untuk bekerja dan beroleh pendapatan.

NGO HaRUM terus komited untuk turun padang dan mengesan keluarga-keluarga yang dalam kesempitan dan terjejas demi kelangsungan kehidupan mereka. Pihak kami amat mengalu-alu kan sumbangan rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk bersama kami berkongsi rezeki bersama mereka yang amat memerlukan pada waktu ini. Semoga usaha kita ini diberkati.

Sebarang sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Maybank PERTUBUHAN IKATAN KEKELUARGAAN RUMPUN NUSANTARA 5624 7814 6397.

 

Terima kasih buat semua rakyat Malaysia.

Back To Top