skip to Main Content
Bantuan Makanan Asas HaRUM Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Subang

Bantuan Makanan Asas HaRUM bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Subang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia.

Syukur Alhamdulillah gerak kerja kami semakin hari berjalan dengan lancar di atas kerjasama sukarelawan dan penyumbang-penyumbang yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit, tenaga dan masa. Jutaan terima kasih kami ucapkan untuk semua.

Sepanjang program ini berlangsung dari 21 Mac 2020 sehingga hari ini 5 April 2020 NGO HaRUM telah menyampaikan BANTUAN MAKANAN ASAS kepada 504 buah keluarga yang terjejas dan amat memerlukan.

Pada hari ini pihak kami menerima maklumat daripada pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang, Kg Melayu Subang bagi menghulurkan bantuan kepada 46 buah keluarga terpilih yang terjejas semasa PKP ini berlangsung, terdiri daripada kakitangan dan keluarga pelajar-pelajar sekolah. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih atas kerjasama pihak sekolah atas keprihatinan terhadap mereka yang dalam keadaan sangat memerlukan.

Kami di HaRUM akan berterusan menyampaikan amanah yang diberikan kepada golongan-golongan sasar yang terjejas.

Sebarang sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Maybank PERTUBUHAN IKATAN KEKELUARGAAN RUMPUN NUSANTARA 5624 7814 6397.

Terima kasih.

Back To Top