skip to Main Content
Jemputan Ke Usrah Jamai’ Shariah Bankers Group (SBG)

Jemputan ke Usrah Jamai’ Shariah Bankers Group (SBG)

Alhamdulillah pada 7 Mei 2017 yang lepas, Naib Presiden HaRUM Dr. Zuhdin dan Setiausaha HaRUM En Abu Bakar telah mewakili HaRUM untuk hadir dalam taklimat dan pengisian berkenaan Waqaf yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Prof Dr Sudin Haron Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia di dalam program Usrah Jamai’ Shariah Bankers Group (SBG) Siri 4.0.

Dalam taklimat ini banyak perkara yang telah dijelaskan dan ditekankan berkaitan undang-undang dan syarat perlaksanaan Waqaf di Malaysia. Antara topik menarik yang dikupas adalah berkenaan waqaf korporat yang mengfokus kepada bidang pengeluaran, perladangan, pendidikan tinggi, sosial dan penjagaan kesihatan.

Peranan pembangunan waqaf amat penting bagi meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam ke tahap yang lebih baik seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah-khalifah Islam pada masa lalu. Justeru, selari dengan Pelepasan Cukai oleh LHDN yang diluluskan kepada HaRUM, kaedah perlaksanaan waqaf ini diyakini amat membantu dalam merealisasi salah satu misi HaRUM iaitu membangunkan ekonomi ummah.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Back To Top