skip to Main Content
KERJASAMA HaRUM – UNPO

KERJASAMA HaRUM – UNPO

Edinburgh, 28 Jun 2017 – HaRUM mengucapkan tahniah kepada Presiden UNPO Tuan Nasser Boladai atas penganjuran Mesyuarat Agung UNPO Ke-13 pada kali ini. HaRUM sendiri banyak menimba pengalaman, berkongsi maklumat dan membina jaringan lebih luas dengan mereka yang hadir.

Sejurus selesai majlis penutup mesyuarat, delegasi HaRUM mengambil kesempatan bertemu Tuan Nasser bagi mendapatkan pandangan dan nasihat beliau dalam mengukuhkan lagi jalinan kerjasama HaRUM-UNPO sedia ada.

Antara perkara yang disentuh beliau ialah berkaitan peranan UNPO sebagai badan antarabangsa yang perlu kepada kerjasama NGO-NGO serata dunia bagi merealisasikan misi keamanan dan kedamaian, khususnya untuk para ahlinya di kalangan minoriti yang dinafikan hak-hak mereka. Dalam masa yang sama UNPO konsisten berpegang pada prinsip rundingan dan menolak keganasan dalam mencari penyelesaian setiap konflik yang berlaku.

Beliau juga amat tertarik dengan dasar dan prinsip yang dibawa HaRUM dalam menjalankan program dan aktivitinya. Beliau berharap dimasa akan datang dapat berkolaborasi dengan HaRUM untuk menjalankan misi-misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

HaRUM amat berbesar hati dan menyambut tawaran beliau untuk menjalin kerjasama lebih erat selepas ini. HaRUM juga akan terus mendokong dan memberi sokongan sepenuhnya kepada UNPO dalam usaha memperjuangkan hak minoriti tanpa mengira bangsa dan agama di seluruh dunia. Ianya sejajar dengan prinsip perjuangan HaRUM iaitu “Faith, Love and Happiness.”

Back To Top