skip to Main Content
Kursus Bina Usahawan HaRUM Dengan Kerjasama Syarikat Pau Nur Iman

Kursus Bina Usahawan HaRUM dengan Kerjasama Syarikat Pau Nur Iman

Syukur Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Program Bina Usahawan HaRUM dengan kerjasama pihak Pengusaha Pau Nur Iman (Syarikat Bumiputera Muslim). Penyertaan untuk fasa yang pertama ini adalah seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada asnaf, keluarga dan penduduk setempat yang ingin menceburi bidang keusahawanan disamping menambah pendapatan & memperbaiki kehidupan.

Untuk program kali ini, peserta diberikan penerangan dan latihan keusahawanan oleh Certified Trainer HRDF & Syarikat Pau Nur Iman sendiri. Yang menariknya program ini ditawarkan bersama kemudahan pinjaman perniagaan di bawah program Hijrah Selangor sebanyak RM 2,000-3,000 sebagai modal permulaan.

Maklum balas yang kami terima dari peserta kali juga sangat memberangsangkan. Melihat pada keadaan dan situasi covid-19 yang berlaku kini, HaRUM akan terus mengambil initiatif untuk membantu dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang terjejas sumber pendapatan. InshaAllah kami akan cuba membantu dengan menganjurkan lagi program atau kursus latihan pada masa akan datang.

Back To Top