Kursus Bina Usahawan
PELUANG BERNIAGA PAU ANJURAN HaRUM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kini sudah masuk gelombang ketiga Covid-19. Pelbagai rintihan yang kami terima. Terlalu ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19 sehingga tak mampu menyediakan keperluan asas seharian.
Oleh itu, pihak HaRUM ingin membantu dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang terjejas untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui perniagaan pau. Pihak HaRUM dengan kerjasama pengusaha pau akan menganjurkan kursus dan latihan asas perniagaan. Modal “start-up” sebanyak RM1,000 – RM3,000 untuk memulakan perniagaan pau ini juga akan disediakan oleh pihak pengusaha pau sebagai pinjaman.
Maklumat kursus adalah seperti berikut:
Tarikh : 12 Disember 2020
Waktu : 9.00 pagi – 6 petang
Lokasi : Bonda Training Centre
33A Jalan Alfa U6/B
Pusat Perdagangan Subang Permai
40150 Shah Alam
Anda boleh sertakan maklumat seperti dibawah dan hantarkan pada kami. Tempat terhad hanya untuk 25 peserta sahaja dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 9 Disember 2020, Rabu.
Nama:
No. Telefon:
Alamat:
Hubungi En. Naim untuk sebarang maklumat lanjut di 018-919 4809
#HaRUM2020
#ProjekKeusahawananHaRUM