Lawatan Ke Bengkel Peserta Dana Usahawan HaRUM
Beliau sekarang mengusahakan bengkel ketuk dan cat kereta secara kecil-kecilan di kawasan belakang rumahnya. Bengkel ini telah diusahakan sendiri selama dua tahun semenjak PKP lepas kerana terpaksa berhenti bekerja dengan bengkel cat kereta. Beliau mempunyai pengalaman kerja-kerja tersebut hampir 15 tahun. Ramai juga pelanggan yang mencari Tn Kuta kerana percaya dengan hasil kerjanya dari masa beliau bekerja di bengkel dulu.
Baru-baru ni beliau telah di ‘scam’ dengan skim ‘pinjaman’ yang mana beliau membuat permohonan pinjaman sebanyak RM5000, tapi diminta untuk bayar pendahuluan RM1000, kemudian RM300 sebanyak dua kali. Pinjaman yang Tn Kuta mohon ini asalnya untuk membuat modal pusingan beli bahagian kereta, cat, membaiki bumbung bengkel dan lain-lain lagi. Sekarang beliau agak buntu kerana perlu menyiapkan tiga buah kereta yang tertunda hampir tiga minggu.
InsyaAllah, HaRUM akan usahakan untuk bantuan pinjaman di bawah Dana Usahawan HaRUM untuk Tn Kuta supaya beliau dapat mengusahakan kembali perniagaannya dengan kadar segera.