skip to Main Content
Minggu Destini Siswa

Minggu Destini Siswa

HaRUM telah dijemput untuk menyertai slot jemputan bersama pelajar-pelajar baru UiTM bersempena minggu orientasi yamg dinamakan sebagai Minggu Destini Siswa (MDS) bertempat di Dewan Berlian UiTM Puncak Alam.

Pada slot jemputan tersebut, HaRUM telah mengambil inisiatif menbawa topik Wacana Jatidiri dan Peradaban Bangsa serta Menelusuri Amanat Pertiwi hasil ilham dari panel jemputan Tuan Haji Khalid Yahya, selaku Pengerusi Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR). Beliau juga merupakan pengkaji beberapa topik akhir zaman dan penulis buku. Slot yang berlangsung selama 1 jam tersebut disertai juga oleh Saudara Izuddin Al Jitrawy, seorang panel pengkaji di AKAR dan juga merupakan selebriti infuencer di media sosial. Turut bersama pada sesi tersebut adalah Sr Dr Ismail Ma’arof, Ketua Unit Pengembangan Ilmu, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM.

Banyak perkara yang telah dibincang serta dibentangkan kepada para pelajar khususnya menyelami asal usul bangsa, zaman kegemilangan dan kehebatan tokoh-tokoh bangsa Melayu sendiri. Pendedahan ini amat penting kepada generasi masa kini yang dilihat semakin menjauh dengan keyakinan diri yang amat rendah terhadap bangsa dan tanah air. Justeru, sebagai permulaan dan pendedahan awal, para pelajar didedahkan untuk menggali semula keupayaan dan keyakinan Jatidiri Emas Bangsa Melayu itu sendiri. Pelbagai reaksi dan maklumbalas dari beberapa pelajar yang positif dan berminat untuk mempelajari dan mendalami lebih dalam tentang Rahsia Jatidiri Bangsa.

InsyaAllah, pelbagai program susulan telah disusun untuk para pelajar di UiTM dengan kerjasama HaRUM, AKAR dan juga pihak UiTM sendiri untuk mengadakan program khususi dalam membina Jatidiri Bangsa serta meneroka pelbagai rahsia yang terkandung dalam Bangsa Melayu itu sendiri. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekretariat Minggu Destini Siswa, para Pensyarah dan pentadbir UiTM Puncak Alam kerana memberi ruang dan peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu bersama para pelajar. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

 

(Link ke FB)

Back To Top