skip to Main Content
Melebarkan Sayap Bersama Mycare Dan Masyarakat Sarawak

Melebarkan Sayap bersama Mycare dan Masyarakat Sarawak

Kunjungan HaRUM ke Sarawak mendapat sambutan positif masyarakat setempat. Kali ini kami diberi peluang bertemu dgn MyCare Sibu.

MyCare Sibu telah diwakili oleh bendahari mereka en Izzat Syafiq bersama 3 lagi org sukarelawan myCare iaitu Ustaz Nazmi, Ustaz Syafiq dan en Sanusi.

Pertemuan ini telah dimulakan dengan perkongsian President HaRUM berkenaan gerak kerja dan aktiviti HaRUM di sekitar Nusantara lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang kurang menerima bantuan seperti di Marawi, selatan filipina yang dilanda musibah sejak pertengahan tahun 2017.

Bendahari MyCare, en Izzat Syafiq juga telah berkongsi dgn Kami ttg pengalaman mereka dalam mjalankan misi2 bantuan kemanusian yg mereka pernah lalui seperti misi2 di Palestine, Syria, Mynamar, Marawi, dan beberapa tempat lain lagi.

Hasil dari pertemuan ini telah termeterai hasrat dari kedua belah pihak untuk bekerjasama pd aktiviti dan program yg akan datang bersama-sama bergerak atas satu landasan yang sama iaitu misi kasih sayang dan salaman di Nusantara khususnya di Sarawak.

Sebagai tanda sokongan pada team HaRUM,salah seorang drp wakil MyCare Sibu telah mengaturkan sesi selama satu jam utk Team HaRUM di sebelah malamnya untuk menceritakan tentang misi kemanusian HaRUM terutama di Marawi, selatan Filipina pd para jemaah masjid Al-Ashar,Sibu.

Alhamdulillah ini merupakan satu langkah positif untuk HaRUM dalam usaha mewujudkan kerjasama dengan NGO tempatan di Sarawak dalam menjayakan misi kasih sayang dan salaman di Nusantara khususnya di bumi kenyalang.

Back To Top