skip to Main Content
USAHA MURNI I-Medik YANG SANGAT DIKAGUMI

USAHA MURNI i-Medik YANG SANGAT DIKAGUMI

(Jalinan kerjasama HaRUM dan i-Medik Pusat)

Lanjutan dari pertemuan bersama i-Medik Sabah pada awal Januari yang lalu team HaRUM telah bercadang untuk mengadakan pertemuan bersama team i-Medik Pusat untuk mebincangkan beberapa perkara berkaitan misi-misi kemanusiaan akan datang dan juga perbincangan untuk menjalinkan kerjasama bersama mereka.

Syukur Alhamdulillah atas izinNya pertemuan HaRUM bersama Team i-Medik Pusat diwakili oleh Prof. Dr. Azizi selaku Setiausaha Agung i-Medik, Prof. Madya Dr. Rafidah selaku Naib Presiden 2 i-Medik dan En. Muhammd Zubair Jawatankuasa Pusat Sektor Sains Bersekutu berlangsung di Bangi telah berjalan dengan lancar sekali.

Perbincangan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Prof. Dr. Azizi sebagai selaku wakil tuan rumah dan persembahan video montaj i-Medik disamping menerangkan tentang misi visi dan objektif ngo mereka dan juga perkenalan diantara wakil kedua belah pihak yang hadir.

Dari apa yang kami lihat dan fahami, fokus dan matlamat i-Medik sangat jelas dalam membangunkan tamadun perubatan Islam di Malaysia. Mereka mempunyai empat teras penting yang menjadi asas dalam merealisasikan visi ini iaitu melalui pembinaan jati diri, pendidikan, penyelidikan dan aktiviti kemanusiaan.

Antara program dan aktiviti mereka adalah Konvensyen Sains Perubatan dan Kesihatan, Konvensyen Kesihatan Kebangsaan Wanita, Simposium FiqhPerubatan, Kempen SayNoToZina dan banyak lagi. Mereka juga sangat aktif dalam bidang penulisan buku dan artikel yang menjawab pelbagai persoalan dan isu tentang perubatan dan kesihatan masa kini.

Seperti sedia maklum, majoriti team i-Medik sendiri adalah dari kalangan profesional, doktor, pengamal perubatan, pergigian, farmasi, jururawat dan pengamal kesihatan sains.
Kami sangat mengagumi usaha murni mereka yang sangat komited dan sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam keadaan dan waktu mereka yang agak terhad.

Dan kami sangat gembira dan bersyukur apabila mereka bersetuju dengan hasrat kami untuk bekerjasama dalam misi kemanusiaan yang akan datang terutamanya dalam memberikan bantuan rawatan, perubatan dan kesihatan kepada masyarakat di Malaysia dan seluruh Nusantara terutamanya di Selatan Filipina.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi asbab kebaikan kepada seluruh masyarakat nusantara.

Back To Top