Misi Bantuan Banjir Di Kampung Melayu Suban
Hari ini Misi Bantuan Banjir diteruskan lagi dengan program pengumpulan barangan elektrik terpakai di Surau AsSobirin Saujana Utama, Paya Jaras dan Putra Height. Hasil sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpulkan tersebut kami bawa ke rumah Hj Misni dari Kelab Langkah Sihat yang merupakan wakil dari penduduk di sini untuk disusun dan kemudian akan diserahkan kepada golongan yang terjejas banjir khusus di sekitar Subang.
Sementara itu di My Coffee Shop pula, sebahagian dari sukaralewan HaRUM bersama Muafakat Komuniti U5, Dana An Nasr, Kelab Al Aman, Kelab Langkah Sihat dan juga turut hadir bersama Ketua Kg Melayu Subang telah mengagihkan Bantuan Pasca Banjir seperti makanan asas, bantal, selimut dan sebagainya kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Melayu Subang.
Kami mengucapkan terima kasih atas penglibatan semua pihak. Moga kita dapat terus berganding bahu sehingga keadaan pulih seperti sediakala.