skip to Main Content
Misi Bantuan Gempa Cianjur – Jawa Barat

Misi Bantuan Gempa Cianjur – Jawa Barat

Syukur Alhamdulillah baru-baru ini HaRUM telah berangkat ke Cianjur, Jawa Barat Indonesia bagi Misi Kemanusiaan Bantuan Gempa. Misi kali ini HaRUM bekerjasama dengan NGO AQL Peduli dari Indonesia antara NGO yang banyak membantu mengurus & mengkoordinasi bantuan-bantuan ke lokasi yang terkesan.

Dari pemerhatian kami mendapati mereka masih dalam keadaan trauma kerana sehingga sekarang masih terjadinya gegaran susulan saban hari. Lebih 50,000 keluarga telah kehilangan rumah untuk mereka berteduh. Buat masa sekarang hanya khemah-khemah sementara sahaja yang dapat didirikan oleh NGO tempatan & luar negara untuk dijadikan tempat berteduh bagi mangsa yang terjejas dan penduduk sekitar yang mengambil langkah berjaga-jaga.

HaRUM turut berkesempatan mengadakan majlis Maulid bersama penduduk setempat dan menyumbangkan seekor kambing bagi jamuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.

HaRUM telah dibawa melawat beberapa kawasan sekitar Cugenang dan Gasol bagi menyampaikan bantuan-bantuan hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia. Antara sumbangan adalah berupa 200 set beg sekolah beserta alat tulis kepada kanak-kanak serta 200 pek sumbangan makanan asas yang sedikit sebanyak dapat menggembirakan mangsa-mangsa. Terdapat keperluan bagi membina rumah sementara yg lebih selesa dan privasi untuk keluarga di sana atau dipanggil rumah rusuk dengan anggaran kos 3 juta rupiah (RM900) untuk sebuah rumah/keluarga.

Mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan dan mereka amat terharu atas keperihatinan terhadap mereka yang sedang dilanda dengan ujian ini. Semoga Allah memberkati segala sumbangan, doa dan sokongan demi kasih sayang kita terhadap mereka yang memerlukan.

(Link ke FB)

(Link ke YouTube)

 
Back To Top